Resepi Kek Rasta Pelangi Cheese Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua Teman. Mohon Maaf lahir batin untuk kesalahan saye yang tak da niat. Semoga teman selalu sihat and berlimpah berkah dari NYA. Jumpa lagi dengan saye yang sudi berkongsi resepi. Maaf yer lambat update blog ni. Kerana memang suasana raya yang nikmat tu and kesibukan lain bersama keluarga, kawan and kawan. Dah holiday kemana ja teman ni. Saye dekat rumah je jadi ibu suri hehe. Kali ni saye nak kongsikan resepi kek rasta pelangi cheese. Saat raye saye banyak kali jumpa kek satu ni. Oleh itu saye cuba kongsikan untuk teman yang belum tahu bahan-bahan and cara cara membuatnya. Oke langsung tengok jom.

Resepi Kek Rasta Pelangi Cheese Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 250gm butter
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri – diayak
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • sedikit esen vanila.

Cara-cara :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)
  2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan spatula.
  4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza.
  5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.
  7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).
  8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Cheese Lava Berhantu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese – pada suhu bilik
  • 350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo) – dipukul sehingga kental

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
  2. Masukkan whip cream yang telah diputar terlebih dahulu tadi. Putar sebati. Siap untuk digunakan

Baca Juga : Resepi Cheese Kek Kukus Lapis Coklat Mudah dan Sedap

Resepi Untuk Buttercream Frosting Yang Sedap

Bahan-bahan :

  • 150gm mentega-suhu bilik
  • 350gm kimwell – suhu bilik
  • 180gm sirap gula/susu pekat manis
  • 3 sudu makan gula aising – ayak dulu
  • esen vanila sedikit – jika suka

Cara-cara :

  1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan sebati.
  2. Siap untuk digunakan

 

Itulah tiga resepi tuk buat resepi kek rasta pelangi cheese. So teman siapkan bahan and ikuti langkah diatas. Oke sekian entry resepi ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Kek Batik Milo Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *