Resepi Kek Pisang Noxxa Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Hello rakan-rakan semua… Bagaimana khabar rakan-rakan? semoga dalam kesihatan baik. Jumpa lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi resepi kek yang paling lazat dan mudah. Buat masa ini saya akan berkongsi Resepi Kek Pisang Noxxa yang mudah dan sedap. Saya berkongsi resipi bermula ketika saya lawatan ke rumah kawan saya. Lawatan saya adalah hanya untuk bersilaturahmi. Setelah tiba di rumah kawan saya, beliau sedang membuat kek pisang noxxa. Saya pun membantu membuat kek pisang ni. Selepas kek pisang noxxa finish, ternyata bahawa kek ini punya rasa yang sedap. Saya begitu ingin membuat sendiri di rumah untuk keluarga saya. Saya minta resipi kek pisang noxxa ini dari kawan saya. Jika anda ingin membuat noxxa kek pisang ini, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Pisang Noxxa Mudah dan Sedap

Baca juga : Resepi Kek Batik Nestum Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • 4 biji pisang
  • 4 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ~ boleh kurangkan
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 penutup esen vanilla

Cara Membuatnya

  1. Blender pisang, minyak, gula, telur & esen vanilla hingga hancur semuanya.
  2. Masukkan ke dalam bekas. kemudian masukkan tepung, baking powder & soda bikarbonat dan kaup balik hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam inner noxxa. tutup penutup periuk noxxa dan steamkan selama 28 minit. Make sure tombol ke arah steam ya.. kalo berbunyi bip bip bip just abaikan.
  4. Setelah 28 minit.. sejukkan dan terbalikkan ke atas pinggan.

Kek pisang noxxa dah siap dihidangkan. Di samping punya rasa yang sdap, kek pisang noxxa ni juga mudah untuk membuatnya. Anda hanya perlu sedikit bahan-bahan dan sedikit cara untuk membuatnya. Sangat ringkas dan mudah. Hidangkan kek pisang noxxa ini untuk keluarga anda. Sambil menonton movie bersama keluarga dan Hidangkan bersama-sama dengan minuman teh panas. Sila cuba resepi pisang kek noxxa ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga berguna dan selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *