Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. I hope you in healthy always. Kali ni saye nak kongsikan resepi yang pernah booming iaitu resepi kek pisang bakar sukatan cawan. Resepi ni ramai dibicarakan and dicuba oleh banyak orang. And saye pernah cuba buat pulak resepi tu. Saye nak share bahan and cara-cara yang mudah. Awal mula saye cuba iaitu saat dapat resepi ni dari teman school and saye ijin berkongsi di blog ni ya. Terima kasih. Kerana sedap and lebut saye nak kongsikan bersama teman setia disini. Oke lah tanpa banyak cakap langsung sahaja semak resepinya.

Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 2 cawan Tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak @ 1 ½ cawan mentega
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 9 biji pisang
  • 1 penutup pewarna pisang

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Bakar Mudah dan Sedap Istimewa

Cara – cara :

  1. Kupas kulit pisang dan lenyek hingga hancur.
  2. Masukkan gula, telur, minyak ke dalam mangkuk mixer dan mesin sehingga kembang.
  3. Campurkan tepung, soda bikarbonat, baking powder ke dalam bahan yang dimesin tadi sehingga sebati.
  4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selama 10 minit.
  5. Masukkan bahan yang dimesin tadi ke dalam loyang, pastikan sapu minyak dahulu pada loyang sebelum masukkan bahan tadi untuk mengelakkan kek melekat.
  6. Masukkan adunan tadi dan setkan masa 50 minit.
  7. Dan hasilnya…..

mmm So delicious. Sedap sangat kek ni. Teman shud try ya at home. Kerana kek pisang ni mengandungi banyak faedah. Diantaranya sebagai berikut :

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah dan Sedap

Faedah Pisang

  1. Sebagai Sumber Tenaga
    Pisang mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang yang memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga,tetapi boleh bertahan lebih lama dari gula.Selain itu pisang juga mempunyai B complex untuk membina tenaga.
  2. Menyokong prestasi otak
    Hasil kajian yang di muat di uniqee.com menyimpulkan bahawa pisang membantu keinerja otak menjadi lebih baik. 200 orang pelajar di sebuah sekolah di Inggeris diminta untuk membiasakan diri sarapan, snek jam rehat dan makan tengah hari dengan pisang. Hasilnya pelajar-pelajar tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik.
  3. Baik untuk kesihatan jantung & Perlindungan Kardiovaskuler
    Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.
    Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang,membantu penyakit hati. Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.
  4. Kurangkan Gejala Stress
    Kandungan potasium bermanfaat menormalkan degupan jantung. Kombinasi pelbagai zat pemakanan yang terkandung dalam pisang mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.
    Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.
  5. Kurangkan risiko stroke.
    Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang. Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.
  6. Meneutralkan asid perut pesakit gastrik
    Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik. Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang ditambah segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perut atau penyakit usus akibat asid gastrik.
  7. Memperbaiki mood
    Triptofan atau vitamin B6 berperanan penting untuk menghasilkan hormon serotonin. Salah satu fungsi hormon ini mengatur emosi dan menenangkan fikiran. Bagi kamu yang sedang tertekan dan memerlukan mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang.
  8. Disarankan untuk ibu hamil
    Wanita yang hamil memerlukan asid folik yang cukup untuk pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang mengandungi asid folik sehingga disyorkan untuk ibu hamil. Pisang akan mencegah terjadinya cacat apabila bayi tersebut lahir dan membantu pembentukan sel-sel baru yang sangat diperlukan oleh janin untuk pertumbuhan sel yang lebih cepat.
  9. Mencegah sembelit
    Serat makanan dalam pisang menjaga agar gerakan usus tetap baik. Kalau anda ingin jauh dari sembelit, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung serat, pisang salah satunya. Jangan lupa untuk tetap minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
  10. Mencegah pereputan tulang
    Penggunaan kalium yang cukup membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.Amalkan makan pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda. Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadapmikroorganism jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Oke sekian entry resepi kek pisang bakar ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *