Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sume. Apa khabar akak hari ni? Semoga sihat selalu yer. Entry kali ni saya nak berkongsi resepi kek pandan cheese leleh yang sedap and lazat tu. Siapa kawan kat sini yang gemar makan kek cheese? Boleh la berkongsi request resepi apa yang nak saya kongsikan. Resepi kek pandan cheese leleh meruapakn resepi yang sedap sangat and mudah buat nya. Untuk kawan penggila resepi ni and nak cuba boleh sedia bahan-bahan seperti bahaw ni yer. Oke langsung sahaja semak jom resepi nya.

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Kek

  • Telur 5 bijik
  • 1 sb ovalate sudu besar
  • 1 cawan gula(sgt2 penting gune gula kastor yg halus egt halus)
  • Pes pandan 2sk
  • Pewarne hijau 2 titis ke 3 titis
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 1sk cream off tartar (pilihan nak letak boleh xnak xpe die bantu kek lebih ringan tu je)
  • 1/4 cawan minyak masak/ butter yang dicairkan

Cara-cara membuat

  1. Telur+gula+ovalate+pes pandan+pewarne ijau . mix hight speed mixer selama 15 hngga 20 minit hingga gebu.
  2. Ayak tepung besama 1 sk baking powder dan 1sk soda dan 1sk cream off tartar. Masukkan ke dalam bahan yang mix di langkah pertama sikit demi sedikit sehingga habis. MIx sehingga sebati.
  3. Masuk minyak td 1/4 cawan. kacau laju- laju
  4. Lapik loyang dengan baking paper. Tuang adunan hentak2 sket supaya kurang kek belubang lubang masa masak.
  5. Wrap loyang dengan plastik untuk mengelakkan dari air yang menitis dari pengukus masuk ke dalam adunan.
  6. Kukus 40 minit api sederhana. Pengukus hendaklah dipanas sebelum adunan di masukkan untuk kukus.
  7. Dah masak bukak plastik wrap loyang tadi dan terbalikkan atas tray. Tanggalkan baking paper yang dialas tadi dan terbalikkan pada kedudukan asal semula. Biarkan sejuk.

Baca Juga : Resepi kek Lapis Sarawak Kukus Sedap Best

Bahan-bahan cheese leleh

  • 1 tiub tartura cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 200ml susu cair

Cara-cara membuat

  1. Blend kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Kek dah sejuk boleh lah tuang keatas kek dengan rata. Untuk hiasan boleh parut keju cheddar @ hancurkan kek lebihan dan tabur di atas kek.

Mudah bukan? Resepi kek pandan cheese leleh ni sangat menyelerakan. Siapa yang tahan untuk tak kunyak-kunyak kek ni. Resepi ni pulak menjadi kegemaran banyak anak in my family. Oke sekian kongsi resepi kek pandan cheese leleh yang sedap ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Milo 3 Minit Microwave Gebu and Lazat

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *