Resepi Kek Marble Lembab Dan Lembut

resepikek.net – Salam Sejahtera semua rakan. This time… saya akan coba buat kek marble lembab dan lembut. Resep ini saya menemukan dari Kak Azie. Siapa yang tidak menyukai kek marble. Hampir semua orang pastilah suka kek marble. Anak-anak saya benar-benar suka kek marble ni. Kek marble ini selalu berada di meja makan setiap akhir pekan. Kek marble ini juga biasa saya nikmati bersama keluarga semasa kita santai. Bagi Anda penggemar kek marble lembab yang lembut dan harum, Anda wajib cuba resepi kek marble lembab dan lembut ni. OK, tanpa banyak cakap lagi, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Marble Lembab dan Lembut

Baca juga : Resepi Kek Cheese Meleleh Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 230 gram mentega
  • 170 gram tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 150 gram gula kastor (resipi asal guna 170 gram)
  • 3 camca besar susu pekat manis
  • 1 camca besar ovallate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 camca besar sebuk koko + 4 camca besar air panas + 1 camca teh perisa mocha = kacau hingga jadi pes

Cara Membuat

  1. Satukan bahan yang bertanda (*) dan diayak
  2. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna bundt-pan atau acuan kek berlubang tengah, hanya perlu lenser dengan mentega rata2). Ketepikan.
  3. Putar mentega, susu pekat manis hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mangkuk kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus putar hingga putih telur kental.
  4. Masukkan ovallate dan putar lagi hinga sebati. Sederhanakan kelajuan dan masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Kemudian masukkan pula adunan mentega, putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata dan sebati. Tambah esen vanilla dan kacau rata.
  5. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah bancuhan serbuk koko tadi dan kacau rata2. Tuang 1/2 bahagian adunan biasa, kemudian adunan coklat (tinggalkan sedikit) dan tuang lagi baki adunan biasa hingga habis. Baki adunan coklat ditepek2kan atasnya.
  6. Menggunakan chopstick atau pisau, buat beberapa pusingan.
  7. Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit atau hingga masak. Kek akan turun sedikit bila sejuk. Hidangkan untuk minum petang..

Kek Marble lembab dan lembut ni sedia berkhidmat. Menikmati kek marble lembab ni dengan keluarga atau rakan-rakan anda pastilah seronok. Hidangkan bersama-sama dengan minuman teh panas. Semoga resepi kek marble lembab ni bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Kek Coklat Cheese Bakar Paling Lazat dan Mudah

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *