Resepi Kek Lapis Sarawak Kukus Sedap Best

resepikek.net – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sume. Nak masak kek apa ya kali ni? Kawan ada yang nak sumbang idea. Terima kasih untuk yang sumbang idea. Kali ni saya nak kongsi resepi kek lapis sarawak kukus yang sedap and gebu. Kawan disini ada tak yang pernak makan or buat resepi kek lapis sarawak kukus. Kalau ada boleh berkongsi kat komentar yer. Untuk yang nak cuba boleh sedia bahan bahan seperti bawah ni yer. Semak langsung sahaja bahan and cara cara nya yer.

Resepi kek Lapis Sarawak Kukus

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Baca Juga : Resepi Kek Milo 3 Minit Microwave Gebu and Lazat

Lapisan Putih

  • 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis

Baca Juga : Resepi kek coklat moist cheese Meleleh Sedap dan Mudah

Cara-cara

Lapisan Hijau :

  • Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :

  • Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
  • Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Tips 

  • Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
  • Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
  • telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
  • balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama.

Sedap best resepi kek lapis sarawak kukus ni. Resepi ni elok dihidangkan saat hujan melanda or saat menjelang petang. Boleh pulak kawan hidangkan saat di penghujung minggu. Oke sekian kongsi resepi kek lapis sarawak kukus ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : 3 Resepi Kek Cheese Mudah dan Sedap Terbaik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *