Resepi Kek Lapis Kukus Asam Manis Untuk Pikat Ibu Mertua

resepikek.net – Assalamu’alaikum.. salam sejahtera untuk rakan-rakan resepi kek. Halo.. apa kabar rakan semua? semoga dalam keadaan sihat always. Sudah beberapa hari saya bercadang untuk membuat kek istimewa untuk ibu mertua saya. Niat di hati ingin pikat hati ibu mertua dengan kek yang paling lazat. Tetapi, di samping kek harus memiliki rasa yang sedap, kek ini juga harus dibuat dengan cara yang mudah. Setelah search di internet, akhirnya saya menemui resipi kek istimewa ni, kek lapis kukus asam manis ini. Saya memilih kek ini kerana ia mudah untuk membuat dan ia juga lazat. Jika anda juga berminat untuk mencuba, this time saya akan berkongsi resepi kek lapis kukus asam manis untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Lapis Kukus Asam Manis Untuk Pikat Ibu Mertua

Baca juga : Resepi Kek Marble Kukus Mudah dan Sedap

Bahan-bahan (loyang 9x9x3 inci)

  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara Membuat

  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian….letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya… kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Kek lapis kukus asam manis dah sedia untuk berkhidmat. Ibu mertua saya suka kek lapis ini. Misi saya berjaya akhirnya. Jika anda ingin pikat hati ibu mertua, cuba kek lapis kukus asam manis ni. Sila cuba resipi kek lapis kukus asam manis ni manis ni untuk ibu mertua. Jika Anda berjaya, jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *