Resepi Kek Lapis Frozen Istimewa

resepikek.net – Assalamu’alaikum.. salam sejahtera untuk rakan-rakan resepi kek. Mahu kek lapis Khas? kek lapis fozen adalah jawapannya. Kek lapis ni berwarna biru yang membuat kek ini kelihatan sangat istimewa. Kek lapis ni mempunyai tiga lapisan warna, iaitu biru pekat, biru muda dan putih. Pasti anda ingin merasai kek ini? Saya juga pertama kali melihat kek ini ingin mencuba kek istimewa ni. Ternyata ia punya rasa yang sangat lazat. Anda perlu mencubanya sendiri untuk merasa kek yang lazat ni. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek lapis frozen istimewa untuk anda. Tertanya-tanya bagaimana membuatnya? Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Lapis Frozen Istimewa

Baca juga : Resepi Kek Pisang Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 500gm butter
  • 10 biji telur gred A
  • 400gm tepung hong kong@tepung pau@tepung superfine
  • 180gm gula halus
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 paket serbuk santan(tak letak pun takpe)
  • 100gm horlick
  • 20gm susu tepung
  • 20gm serbuk aiskrim vanilla
  • 3 sb filling blueberry
  • 1 sb ovallate
  • 1 sk esen vanilla
  • Pewarna putih
  • Pewarna biru
  • Perisa cheese

Cara Membuatnya

  1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai kembang. Kemudian masukkan essen vanilla.
  2. Masukkan susu pekat, serbuk santan, susu tepung, horlick dan kacau rata. Masukkan tepung dan mix skejap.
  3. Bahagikan 3 adunan
    1. Pewarna biru pekat+ filling blueberry
    2. Pewarna biru muda+ serbuk aiskrim vanila
    3. Pheese+ perisa cheese+ pewarna putih
  4. Bakar adunan cheese dahulu selapis demi selapis sampai habis. Kemudian bakar pula adunan warna biru muda. Dan last sekali adunan warna biru pekat.

Resepi Kek Lapis Frozen Sedap dan Mudah

Kek lapis frozen istimewa dah siap di hidangkan. Selain mempunyai kelazatan, kek lapis frozen adalah juga mudah untuk membuatnya. Kek ini amat sesuai untuk kek birthday untuk anak-anak. Anak-anak pasti suka kek hari jadi menggunakan kek lapis frozen ni. Sila cuba resepi lapis frozen ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda menggunakan butang di bawah. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Kek Batik Nestum Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *