Resepi Kek Lapis Choco Horlicks Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. I hope all of you in helathy always. Kali ni jumpa lagi and tak bosan saya berkongsi resepi dengan teman sume. Kemarin dah berkongsi kek lapis cheese horlicks And now buat penggemar kek lapis choco saya nak kongsikan resepi kek lapis choco horlicks. Actually kesedapan kek ni sama sahaja but sume balik ke selera masing-masing. Like my family suka kedua nya. Teman boleh sediakan bahan seperti dibawah ni. Bahan yang mudah dapat di pasar ja. Then follow cara cara membuat. Oke langsung sahaja jom semak bahan and cara-cara nya.

Resepi Kek Lapis Choco Horlicks Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Kek Lapis Choco Horlicks :

  • 250g mentega tulen
  • 1/2 cawan gula halus
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 70g horlicks
  • 30g serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Baca Juga : Resepi Kek Moist Coklat Kukus Paling Mudah dan Lazat

Cara-cara membuat Kek Lapis Choco Horlicks :

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Itulah bahan and cara-cara buatnya yer. Mudah sekali bukan. Resepi ni saya peroleh dari HaSue blog. Kerana saya tergoda and cuba buat kek ni. Oleh itu teman cuba jugak at home yer. Oke sekian kongsi resepi kek lapis choco horlicks ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga :Resepi Kek Coklat Leleh Paling Moist and Mudah 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *