Resepi Kek Lapis Cheese Coklat Paling Sedap Wajib Cuba

resepikek.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? semoga dalam keadaan sihat senantiasa. Telah lama tidak membuat kek lapis. Kek lapis pastilah terbayang Negeri Serawak. Semua tahu jika di Serawak mempunyai pelbagai jenis kek lapis. Semasa bulan Ramadan, saya bercadang untuk membuat satu kek lebaran. Semasa saya sedang berselancar di internet, saya menemukan resepi kek lapis cheese coklat dari blog kepunyaan Rima asal Singapura. Beliau adalah salah seorang blogger terhebat dalam ehwal kek. Saya cuba resepi kek lapis cheese coklat yang saya ambil dari blog Beliau, hasil? Sangat lazat. Jika anda ingin membuatnya di rumah, saya akan berkongsi resipi ni. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek lapis Cheese Coklat Paling Sedap

Baca juga : Resepi Kek Marble Pelangi Istimewa Paling Sedap

BAHAN-BAHAN

BAHAN-BAHAN A

  • 200 gram mentega (cm guna mentega SCS)
  • 150 gram cream cheese
  • 130 gram gula kastor
  • 14 biji kuning telur (cm guna telur gred A)
  • 5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B

  • 130 gram gula kastor
  • 7 putih telur
  • 1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C

  • 180 gram tepung Hong Kong*
  • 1 camca teh baking powder*(*diayak)

BAHAN-BAHAN D

  • 2 camca besar serbuk koko*
  • 3 camca besar air panas*
  • 1 camca teh coklat emulco*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
  • Beberapa titik perwarna kuning makanan

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api grill, bahagian atas sahaja), lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, leser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan gebu, masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, dan putar sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam bekas yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
  4. Masukkan putih telur ke dalam adunnan kek lapis, gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak
  5. Satu bahagian dimasukkan pes coklat, gaul rata dan dua bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning makanan. Kacau rata2.
  6. Masukkan tin ke dalam oven selama 3 minit. Keluarkan dan lapis dengan bancuhan warna kuning sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5-7 minit atau hingga perang.
  7. Keluarkan dan jika ada gelombong udara, cucuk dengan lidi sate dan kemudian tekan sedikit.
  8. Lapis lagi dengan adunan warna kuning hingga siap. Kemudian dilapis dengn adunan coklat pula hingga siap dan dilapis sekali lagi dengan adunan kuning. Untuk lapisan terakhir, bakar hingga kekuningan, kemudian tutup permukaan tin kek dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas bawah selama 10 – 12 minit. Sejukkan kek sekejap dan keluarkan dari tin. Biar sejuk sebelum dipotong.

Tips

Guna mentega berkualiti tinggi untuk mendapat kek lapis yang lembap. Anda boleh juga putar putih telur dulu, asingkan dan baru putar adunan untuk kek lapis. Tekan perlahan setiap lapisan kek dengan penekan kek lapis, jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan lidi sate. Anggaran membakar setiap lapisan dalam 5 – 7 minit bergantung pada oven masing2…

Resipi ini adalah memang istimewa. Anda harus mencubanya di rumah dan Hidangkan kek lapis cheese coklat yang terbaik untuk keluarga anda. Anda juga boleh membuat kek lapis cheese coklat ini untuk hidangan di hari raya. Sila cuba resepi kek lapis cheese coklat ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

source http://www.tiffinbiru.com/2013/07/kek-lapis-cheese-coklat.html

Baca juga : Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *