Resepi Kek Kukus Coklat Moist, Lembut Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Apa Khabar? I hope you in healthy always. Semua orang pasti suka kek coklat. Kek coklat yang lazat adalah kek coklat yang lembab dan lembut. Kek coklat kukus yang sangat disukai oleh kanak-kanak, saya juga suka kek coklat kukus :). Rasanya benar-benar tidak mahu berhenti makan. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek kukus coklat moist, lembut dan sedap. Ini adalah kek kegemaran keluarga saya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Kukus Coklat Moist, Lembut dan Sedap

Baca Juga : Resepi Kek Marble Moist Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Cara buat kek kukus coklat :

  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Bahan-bahan untuk topping:

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Cara buat topping kek kukus coklat:

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.

Kek Kukus coklat moist yang lembut dan lazat ni dah sedia di hidang. Sila cuba resipi kek kukus coklat moist ni di rumah dan Hidangkan kek yang paling lazat ni untuk keluarga. Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Karot Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *