Resepi Kek Karot Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Jumpa kembali dengan saye yang sudi berkongsi resepi bersama teman. Oke kali ni saye nak kongsikan resepi kek karot. Kek karot tu terkenal kerana moist sangat and sedap. Pantas lah jadi kegilaan anak and elok pulak jadi hidangan raya macam aidilfitri. Oke tanpa banyak cakap langsung sahaja saye kongsikan resepi kek karot tu. Tengok jom.

Resepi Kek Karot Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • 3 biji telur saiz A. Jika B guna 4 biji
  • 2 sk vanilla esen
  • 2 cawan (250 gm) tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 2 sk serbuk kayu manis
  • 1/4 sk serbuk buah pala
  • 1 1/2 cawan (200 grams) brown sugar – boleh guna gula biasa jika suka
  • 1 1/2 cawan (180 ml) canola/sayur oil
  • 1/4 cawan (60 grams) yogurt atau krim masam.
  • 1/2 cawan kismis – jika suka
  • 1 cawan isi nenas kiub dlm tin
  • 1 cawan epal hijau potong kiub. ikut suka
  • 2 cawan (260 grams) parutan karot
  • 1/2 cawan atau secawan karot paste – Bland karot dgn air nenas tin sedikit hingga halus
  • pekat. Jika suka boleh letak. tak de takpe
  • 3/4 cup pecan atau walnut – ikut suka
  • 1/2 sk garam

Cara-cara

  1. Jujurnya tidak menggunakan mixer utk membuat kek karot sebaliknya hanya menggunakan pemukul telur dengan tangan. Naik musle lengan saya tau. hehehehe… tapi tektur dia lebih cantik dan moisture.
  2. Pukul telur + minyak + gula hingga sebati cantik. Masukkan yogurt atau krim masa. Pukul lagi dengan perlahan. Tujuan letak yogurt agar kek lebih lembap dan sedap.
  3. Dimangkuk lain satukan tepung + serbuk kayu manis + serbuk buah pala + garam + baking soda = ayak. Masukkan tepung dalam adunan telur tadi dan gaul guna spatula saja dengan rata.
  4. Masukkan parutan karot dan karot paste + nenas kiub + kismis + kiub epal hijau dan kacang walnut. Gaul rata.
  5. Dalam pan kek spray minyak atau sapuan butter atau paling baik alaskan kertas minyak dan tuang bahan adunan. Tujuan guna kertas minyak kerana mudah hendak dikeluarkan dari pan. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 Darjah C.

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Terkini 2017 Simple dan Sedap

Filling Cheese Kek Karot

Bahan-bahan

  • 8 auns (224 grams) cream cheese – room temperature
  • 1/2 cawan (115 grams) unsalted butter – room temperature
  • 1 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula halus – jika suka manis guna 1 cawan
  • 2 sk heavy cream – saya x letak
  • 2 sk vanilla extract
  • 2 sudu besar lemon jus – jika x suka masam kurangkan sesudu
  • secubit sk garam

Cara-cara

  1. Satukan bahan2 dan pukul perlahan hingga lembut dan sekata. Saya guna tangan saja.
  2. Betul. Pakai pemukul tangan lebih sedap tau. Lebih halus dan umphhhh.. hehehehe.. taklah.. ikut kesukaan dan kesenangan anda. Yang pasti buat dengan kasih sayang.
  3. Tektur cream cheese sudah cantik lembut dan putih. Rasakan dan jika kurang manis tambah gula. Jika dah ok ready to sapu atas kek. Hiaslah ikut kesukaan anda. Saya suka potong kek karot menjadi dua layer untuk disapurkan cream cheese ditengah2 juga. Baru lebih umphhh.. Rasa cream cheese lebih.
  4. Hiaskan kek anda dengan kacang walnut atau pecan atau apa juga yang anda suka.
  5. Enjoy dan selamat menjamu selera. Kalau sedap share post ni ya pada kawan2. Terima kasih

Nota
Raya haji kelmarin saya buat lagi kek karot dan bagi2 kan pada kawan2 disini. Alhamdulillah semua sukakannya.

Mudah bukan. Mana sedap pulak kek karot ni. Oke sekian entry resepi kek karot ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Simple dan Sedap 2017

source : kongsibersamanora.blogspot.co.id

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *