Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan Simple Dan Sedap

resepikek.net – Hello… bagaimana khabar kawan-kawan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan saya yang senantisa setia berkongsi segala macam resipi kek untuk anda. Semua orang pasti suka kek coklat. Kek coklat kukus merupakan salah satu pilihan pilihan kek coklat yang paling sedap. Kek coklat yang memiliki rasa yang sedap biasanya mempunyai tekstur yang lembut dan moist. OK, buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan simple dan sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak atau marjerin di cairkan

Bahan-Bahan untuk Toping

  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk kok

Cara-Cara

Cara Membuat Kek Coklat Moist Kukus

  1. Siapkan kuali kemudian campurkan susu cair, gula, susu pekat manis, marjerin. selepas tu masak di dapur dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.
  2. Sediakan bekas lain dan masukan serbuk koko, baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang kemudian masukan campuaran bahan pertama tadi ke daam adunan telur.
  4. Kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.
  6. Tutup loyang dengan alumunium foil tujuanya supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih kurang 1 jam.

Cara Membuat Toping Kek Coklat Moist Kukus

  1. Masukan semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat.
  2. Biarkan sehingga sejuk sebeleum ditungkan ke atas kek coklat moist kukus tadi.

Kek coklat moist kukus sukatan cawan simple dan sedap dah sedia di hidang. Kek ini menjadi salah satu kegemaran keluarga saya. Anak-anak saya benar-benar suka kek coklat moist kukus sukatan cawan ni. Sila cuba resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *