Resepi Kek Coklat Moist Bakar Mudah Dan Sedap Istimewa

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Semoga teman semua healthy always. Update kali ni lambat yer. Kerana sibuk satu dua menjak ni. Oke saat sibuk like this saye tetap berkongsi resepi beersama teman semua. Kali ni saye nak kongsikan resepi kek coklat moist bakar. Kek coklat moist bakar ni berbeza dengan kok coklat kukus kerana memang dibakan in oven. Dua tiga kali takpe lah berkongsi resepi kek bakar. hehe. Bahan yang saya digunakan iaitu loyang bersaiz 8″ x 8″. Untuk lebih jelas saye kongsikan sahaja yer bahan and cara-car di bawah ni. Tengok Jom.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Mudah dan Sedap Istimewa

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum serbaguna/tepung berserbuk penaik jenama Blue Key
  • 3 biji telur Gred B (Guna 5 biji kalau gred C)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan coklat serbuk Van houten
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan susu segar perisa coklat (guna brand apa2 pun boleh)
  • 1/2 cawan susu manis

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah dan Sedap

Cara-cara membuatnya :

  1. Campurkan coklat dan minyak dalam satu bekas dan gaul rata dengan menggunakan senduk sehingga tidak berketul.
  2. Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer. Pastikan telur yang dipukul betul2 dan kembang. Nak tau dah cukup kembang ke tidak lihat pada warna telur ia berwarna kuning cair dan ringan. Setelah kembang, masukkan esen vanila dan gaul rata dengan menggunakan senduk.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Masukkan coklat yang dicampur dengan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul rata.
  4. Masukkan susu manis ke dalam adunan dan gaul rata.
  5. Masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul rata.
  6. Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan dan gaul rata. Jika sudah menggunakan tepung berserbuk penaik tak perlu letakkan serbuk penaik lagi. Soda bikarbonat dan serbuk penaik ditambah jika anda menggunakan tepung gandum serbaguna.
  7. Lapikkan kertas minyak ke dalam bekas untuk membakar. Sapukan butter pada seluruh permukaan bekas. Tuangkan adunan 3/4 bekas. Adunan akan naik hampir 2x ganda.
  8. Tutup bekas dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan atas kek hangus.
  9. Panaskan oven 180 C selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah. Setelah panas, masukkan bekas ke dalam oven selama 45 minit.
  10. Lepas tu kek siap dihidangkan.

Note : Jika takde susu segar boleh ganti dengan 3/4 cawan air suam.

 

Itulah cara and bahan membuat kek coklat moist bakar. Resepi kek ni elok dihidangkan saat menjelang petang saat langit jingga bersama family. Elok pulak teman sediakan untuk tetamu yang hadir dalam rumah. Oke sekian entry resepi kek coklat moist bakar ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *