Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Kembali dengan saya yang tak pandai buat resepi kek but saya selalu cuba pelbagai resepi kek. Entry kali ni saya cuba kongsikan resepi kek coklat kukus sukatan cawan. Kenape saye cuba resepi kek ni. Kerana budak budak sangat memang suka kek macam ni. Lebih lagi at home saye sebagai ibu suri must beraktivity with my son. Kenangan resepi ni tak hilang dari ingatan. Awal mula dapat resepi kek ni bersama teman yang juga ibu suri. Awal mula pon tak percaya diri buat resepi kek ni but saye gagahkan diri baut resepi ni. Alhamdulillah now sikik pandai buatnye. Oleh itu saya kongsikan dengan teman resepi kek ni. Simak jom resepi nye.

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla

Baca Juga : Resepi Kek Marble Kukus Mudah dan Sedap

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  6. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

  1. Siapkan 1 cawan susu pekat manis
  2. Siapkan 1 sudu makan serbuk koko
  3. Siapkan 2 sudu mentega
  4. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.
  5. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

Hmmm budak budak memang suka sangat kek macam ni. Selain tu coklat memang banyak faedah untuk ketenangan pikiran. Buat rakan sedang berpusing bisa cuba makan kek ni. But must try buat resepi ni. Tak ape la buat cuba and menambah kepandaian memasak. Oke sekian entry resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Kek Marble Pelangi Istimewa Paling Sedap

 

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *