Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera Semua teman. Semoga teman sihat selalu. Kembali dengan saye sedang belajar pelbagai macam resepi kek. Malam tu Pak Cik datang bawa bungkusan pulang keje. Bungkusan apa tu? Bungkusan kek yang saya suka. Senang rasa hati setelah penat sehari-hari jadi ibu suri. Kerana tu saye cuba search resepi kek coklat kukus lembab. Saye cuba banyak kali buat kek coklat kukus lembab tu. Memang tak mudah but i keep try and Alhamdulillah saye dah pandai buat resepi kek tu. Saye have a secret about cake recipe. Niat hati nak kongsikan bersama teman. Oke langsung sahaja tengok resepi dan bahan-bahan dan cra-cara ye la.

Resepi Kek Coklat Kukus Lembab

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A·

  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara

  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
  2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
  3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
  7. Angkat … tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Bakar Mudah dan Sedap

Bahan Topping

Bahan:

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara :

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan lebih kurang 15 – 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
  9. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
  10. mmg agak banyak topping yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper lembab

Hmmm tebayang dalam ingatan sahaja dah nak makan kek tu. Oleh itu teman musti cuba resepi kek ni. Oke sekian entry resepi kek coklat kukus lembab ni semoga berfaedah dan selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *