Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Mudah Dan Lembut Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. How are you today? I hope will be fine at all. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek coklat cheese leleh yang sedap and lembut tu. Siapa yang belum cuba kek lembut and sedap tu. Oke tak ape kerana saya nak kongsikan resepi nya and you try at home ya. From bahan yang mudah di dapat di market and cara yang mudah. Oke langsung sahaja semak resepi nya.

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh

Bahan-bahan :

  • 1 cawan serbuk koko 7 (Saya guna yang jenama MyRasa dari Mydin tu je)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair (Kakak kata kalau ada susu tepung anak pun boleh bancuh ganti susu cair ni. Bancuh je 5 sudu besar dalam 250 ml air masak)
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan (guna minyak masak sawit jenama apa pun boleh)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (Kalau suka manis boleh tambah sukatan)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek (orang kata lagi elok diayak dulu tepungnya)
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur (saiz gred B, kalau rasa gred C tu kecik sangat tambah la lagi sebiji)
  • 1 sudu besar esen vanilla (Saja letak lebih kasi flavour lagi best)

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Mat Gebu Mudah dan Sedap

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat :

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, minyak dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata2. (Untuk step pertama ni, Saya campurkan je semua bahan di atas dan gaul dalam bekas besar aje.tak masak atas api pun. Tujuan dia nak bagi gula tu larut sempurna aje pun)
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Maksud kembang di sini korang just pukul pukul pakai sudu/garfu pun dah cukup..bagi yang putih dan kuning telur tu bercampur je la. Tak perlu pakai mixer pun. Tu yang bestnya resepi kek coklat ni..tanpa alatan canggih pun boleh buat.
  4. Kemudian, masukkan campuran pertama (iaitu campuran minyak, gula, susu pekat, susu cair, serbuk koko) tadi ke dalam adunan telur.
  5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  6. Ala..ketul sikit sikit tu boleh abaikan aje. Yang penting kacau guna senduk kayu/plastik pun boleh..guna kaedah kaup balik. Nak masuk dalam blender pun boleh..tapi tak digalakkan sebab nanti kurang udara pulak dalam adunan tu.
  7. Panaskan pengukus. Oh ye..langkah ni boleh buat awal awal lagi sebab kena pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  8. Sapukan marjerin pada loyang. Saya sapu minyak je. Lepas dah sapu minyak tu barulah tuang adunan ke dalam loyang. Tujuan sapu minyak tu supaya nanti senang nak keluarkan kek.
  9. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  10. Tapi jangan bungkus rapat sangat tau. Kena bagi ade ruang untuk udara masuk juga..
  11. Kukus kek selama 1 jam. Api sederhana..
  12. Sebelum angkat kasi test guna garfu ke..pisau ke..cuba cucuk tengah kek. Kalau pisau atau garfu tu keluar bersih, tandanya dah masak la kek tu.
  13. Sejukkan dulu kek sebelum nak hias dengan cream cheese or whatsoever.

Bahan-bahan Topping Cream Cheese Untuk Kek Coklat Cheese Leleh :

  • 250 g cream cheese Tatura
  • 250 ml whipping cream (Saya guna jenama Emborg)
  • 4-5 sudu besar susu pekat manis (boleh adjust manis sesuka rasa..ikut selera tekak masing masing)
  • Cheddar Cheese Beqa untuk hiasan snow

Baca Juga : Resepi Kek Marble Gebu Mudah dan Sedap

Cara-cara:

  1. Pukul whipping cream laju laju sampai kembang. Saya memang guna mixer sebab tak pandai buat manual..lenguh wehhh..
  2. Lepas agak dah kembang tu masukkan cream cheese, pukul lagi sampai sebati adunannya.
  3. Macam ni la rupanya bila dah pukul whipping cream dan cream cheese tadi tu.
  4. Lepas tu masukkan susu pekat manis. Kacau lagi supaya sebati.
  5. Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum guna untuk hias kek nanti.
  6. Lepas dah sapu rata cream cheese tu boleh parutkan cheddar cheese untuk bagi efek snowy tu (Saya guna jenama Beqa)
  7. Pastu hiaskan kek sesuka hati.

Itulah bahan and cara-cara membuat Kek Coklat Cheese Leleh. Ni resepi bonus untuk korang. Yang tak suka topping cream cheese boleh buat topping coklat ni

Bahan-bahan Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

Yap dah lengkap semua resepi ni. Kek coklat cheese leleh ni elok dihidangkan saat bersantai at home. Selain itu kek ni memang jadi kegemaran banyak anak. Oke sekian entry resepi kek coklat cheese leleh ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *