Resepi Kek Coklat Cheese Lava Berhantu Paling Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Kembali bersama saye untuk berkongsi resepi kek mudah. Kali ni saye nak kongsikan resepi kek coklat cheese. But saye variasikan Jadi resepi kek coklat cheese lava berhantu. Sapa-sapa teman lom cuba resepi kek berhantu ni. DOnt be afraid kerana kek ni tak benar berhantu melainkan rasa nya kat buat teman teringat selalu dan nagih lagi. Oke la langsung sahaja saye kongsikan resepi nye. Tengok Jom.

Resepi Kek Coklat Cheese Lava Berhantu

Bahan-bahan Kek Coklat

  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung-Saye guna minyak masak aje.
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telor A – pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.
  • 1 cwn tepung
  • 1/2 st baking soda
  • 1/2 st baking powder
  • 1/4 st garam
  • – Diayak bersama.

Cara-cara Penyediaan Kek Coklat Cheese Lava

  1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Saye guna api yang paling kecik sekali.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. Saye guna loyang 8 inch jadi kek agak tebal dan ambik masa lebih satu jam.
  5. – Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist – kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.

Baca Juga : Resepi Cheese Kek Kukus Lapis Coklat Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Krim Cheese

  • 250g cheese
  • 500g UHT whipping cream
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara Penyediaan Krim Cheese

  1. Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
  2. Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
  3. Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.

Bahan-bahan Coklat Leleh

  • 250g coklat masakan – Saye guna milk choc.
  • 250ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh madu/ golden syrup/glucose syrup – Saye guna madu
  • 1 sudu besar butter – Saye guna buttercup dlm tin
  • 1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
  • 1 sudu teh esen vanila.

Baca Juga : Resepi Kek Batik Milo Mudah dan Sedap

Cara-cara Penyediaan Coklat Leleh

  1. Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
  2. Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
  3. Biarkan coklat mencair
  4. Tambah esen vanila dan kacau rata
  5. Biarkan sejuk.

Cara-caranya Kesemuanye :

  1. Kek hendaklah betul-betul sejuk dan di potong 2 – jika hendak letak cheese kat tengah.
  2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.
  3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.
  4. Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.
  5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.
  6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.
  7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
  8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.

mmm tak berhantu yer but memang sedap kek ni. My tekak pon tak henti kunyah kunyak waktu tu. Teman shud try kerana memang sedap dan merupakan kegemaran pelbagai orang Melayu. Oke sekian entry resepi kek coklat cheese lava berhantu ni. Semoga berfaedah and Selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Kukus Lembut Mudah dan Pantas Dicuba

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *