Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Simple Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Semoga semua teman blog ni sihat selalu. And saya nak ucap terima kasih dengan berkongsi resepi kek spesial. Resepi apa itu? Yap Resepi kek coklat cheese kukus. Walaupon bahan mudah di dapat in market but teman must tahu cara-cara buat nya. Oleh itu untuk penggemar kek ni jangan lupa berkongsi disini. Oke langsung sahaja semak bahan and cara-cara yer.

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Simple dan Sedap

Bahan-bahan :

Kek Coklat

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • * semua bahan dimasak di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk
  • 3 biji telur- dipukul hingga kembang
  • 1 1/2 cawan tepung kek

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Leleh Paling Moist and Mudah

Cara-cara membuatnya :

  1. Dengan mengunakan whisk masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  4. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang 1 bahagian kek coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
  5. Sementara menunggu adunan masak bolehlah buat adunan lapisan cheese.

Bahan-bahan Lapisan Cheese

  • 250gm krim keju
  • 1 sudu makan air
  • 5 sudu makan gula kastor
  • 1 biji telur

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar krim keju dan gula hingga gebu. Masukkan air dan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
  2. Tuang adunan cheese ke atas lapisan kek coklat yang telah dikukus tadi. Kukus kek 20 minit lagi.
  3. Selepas 20 minit, tuang pula lapisan kek coklat yang kedua. Kukus lagi kek lagi 20 minit. Angkat kek, sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang. Sesuai untuk minum petang dan pelbagai jamuan. Memang sedap!!!
  4. simpan kek di dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan tahan lebih lama…

Itulah bahan and cara membuat kek ni. Terima kasih untuk teman yang sudah berkongsi by email or request. Saya nak cuba selalu update blog ni. Oke sekian entry resepi kek coklat cheese kukus ni. Semoga berfaedah and bermanfaat. And Teria kasih telah berkunjung 😀

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Mat Gebu Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *