Resepi Kek Cheese Oreo Paling Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman helathy always. Pastilah semua tahu biskut oreo, biskut yang sudah terkenal di seluruh dunia. Biskut ni memang disukai oleh ramai orang, because rasanya memang lazat. Bagaimana jika biskut oreo yang lazat ini digabungkan dengan kek cheese yang lembut? pasti sangat sedap. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek cheese oreo yang paling sedap. Kek ini adalah kegemaran anak-anak saya di rumah. Rasa biskut oreo coklat yang digabungkan dengan cheese yang lazat membuatkan sesiapa sahaja yang ingin menikmati kek ini. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Cheese Oreo Paling Sedap

Baca juga : Resepi Cup Kek Coklat Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 250 grm cream cheese
  • 300 grm cream/whipping cream
  • 80 grm gula castor – boleh tambah jika suka lebih manis
  • 45ml susu segar dalam kotak
  • 10 ml lemon jus
  • 1 sudu besar gelatin halal brand Nona
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 3 sudu besar air suam
  • 15 keping biskut oreo dihancur-masuk dalam adunan cheese

Cara Membuat

BASE :

  1. 120 grm biskut oreo-dihancurkan
  2. 50 grm butter dicairkan

Biskut oreo dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit – 1 jam.

FILLING :

  1. Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 2-3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .
  2. Bancuh gelatin dengan 3 sudu air suam dan semua lemon jus dalam periuk dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .
  3. Putar 250gm cream cheese bersama gula castor , esen vanilla dan susu hingga kembang creamy .
  4. Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua biskut oreo yang dihancur dan gaul adunan bagi rata .
  5. Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Note :

Boleh hias pemukaan atas kek cheese oreo ni dengan kepingan biskut dan juga hancurkan beberapa keping biskut dan saya taburkan atas kek ni . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .

Kek cheese oreo paling lazat sudah bersedia di hidangkan. Hidangkan kek ini untuk anak-anak anda, pasti mereka suka. Kek cheese Oreo adalah juga kegemaran saya, kerana saya suka cheese. hahaa… Saya pasti makan banyak-banyak kek ni. Sila cuba resipi kek cheese oreo yang paling sedap ni. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Kek Lapis Cheese Coklat Paling Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *