Resepi Kek Cheese Leleh Mudah Dan Moist Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Kembali lagi dengan saya untuk berkongsi resepi kek. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek cheese leleh mudah. Kek cheese kekeh mudah merupakan kek yang sangat sedap and moist. Oleh itu jadi kegemaran banyak orang. Diantaranya saya jugak gemar dengan kek ni. Awal berjumpa saat my hubby buat kek ni untuk surprize anak. Oke lah tanpa banyak cakap langsung sahaja saya kongsikan resepinya.

Resepi Kek Cheese Leleh Mudah dan Moist Sedap

Bahan-bahan

  • Gula castor, telur,dan bahan ayak
  • *100 gm tepung naik sendiri – saya pakai tepung gandum
  • *60 gm tepung jagung
  • *1 sdk baking powder – saya letak 2 sdk baking powder
  • 1 sb ovalete
  • 100 gm gula castor
  • 4 biji telur – saya pakai gred B
  • 2 biji kuning telur
  • 50 ml air sejuk – saya pakai susu full cream
  • 75 gm butter cair
  • *Ayakkan bersama bahan yang bertanda *

#bahan tambahan saya sendiri sebab saya bahagikan adunan kepada 2

  • 2 perwarna makanan – 2 tsp merah & 2 tsp coklat,
  • 2 perisa makanan – 1-2 tsp perisa strawberry & 1-2 tsp perisa coklat

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah dan Sedap

Cara-cara

  1. Pukul semua telur hingga kembang dan berbuih – ( masa salin resepi tak bagi tahu pukul telur dengan gula atau pukul telur terlebih dahulu. Jadi, saya buat cara saya, pukul telur & ovalete sampai kembang dan berbuih, selepas itu baru masukkan gula castor, dan pukul lagi hingga kembang dan pekat)
  2. Masukkan ovalete (kalau ikut cara saya, skip yang ini), masukkan bahan ayak dan selang-selikan bersama air sejuk tadi.
  3. Butter cair yang sedang dikaup balik
  4. Akhir sekali, masukkan butter cair, dan kaup balik hingga sebati. Panaskan oven dengan suhu 150c dan bakar selama 45 min. (40min pun dah ok, bergantung pada kepanasan oven masing-masing)
  5. Kalau nak buat dua warna, bahagikan adunan kepada dua bekas dan sama banyak. masukkan perwana dan perisa makanan yang anda suka. Tuangkan adunan kedalam loyang yang bersesuaian. saya pakai loyang segiempat. Masukkan dalam oven, bakar suhu yang sama, selama 20 min.

Bahan-bahan krim cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 120 gm susu pekat manis
  • cheddar cheese yang diparut – jenama apa pun boleh

Cara-cara

  1. Pukul cream cheese dan susu hingga pekat dan sebati. Taburkan cheese parut diatas cream cheese.

Baca Juga : Resepi Kek Batik Telur Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Cream Cheese cara saya

  • 270 gm cream cheese
  • 20 gm gula castor
  • 65 gm susu pekat manis
  • 100 gm whipping cream
  • 35 gm susu full cream

Cara-cara

  1. Pukul cream cheese dan gula hingga lembut dan sebati. sekejap je pukulnye.
  2. Masukkan susu pekat manis, pukul lagi sampai sebati.
  3. Masukkan whipping cream dan pukul hingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan susu full cream pukul sebati dan sedia untuk digunakan.

Itulah bahan-bahan and cara-cara. Memang pantas lah kek ni jadi kegemaran kerana memang lembut and sedap. Kek ni pantas teman hidangkan saat raya or hari biasa. Oke sekian entry Resepi Kek Cheese Leleh Mudah dan Moist Sedap. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *