Resepi Kek Cheese Kukus Paling Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman selalau sihat. Niat hati saye nak kongsikan resepi kek cheese kukus. Apa apa sapa sapa belum cuba resepi ni boleh la berkongsi dengan saye. BUt saye dah punya resepinye. Oleh itu saye kongsikan dengan teman. Langsung sahaja yer saye kongsikan resepi bahan and cara-cara mudah

Resepi Kek Cheese Kukus Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 keping keju cheddar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 penutup esen vanila
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Mudah dan Lazat

Cara-cara:

  1. Masakkan keju + susu. Cairkan sebati. Matikan api.
  2. Blend telur + gula sampai kembang. Masukkan ovalette dan esen. Blend.
  3. Masukkan keju + telur yang dah masak tadi. Blend.
  4. Masukkan minyak masak. Blend.
  5. Ayak tepung + baking powder. Didihkan pengukus.
  6. Masukkan bahan yang dah diblend tadi. Gaul sebati.
  7. Sapu minyak pada loyang. Tuang adunan. Kukus 1 jam.

Korang sapa tak lahap makan kek ni. Kalau ada pasti tak tahu faedah cheese ni. Oke simak faedah cheese antaranye.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Cheese Lava Berhantu Paling Sedap dan Mudah

Faedah Cheese tengok Jom

  • Kalsium and Protein
    Sama macam produk tenusu lain, cheese memberikan kalsium dan protein, vitamin A, B12, riboflavin, zinc dan fosforus. Ia juga sumber conjugated linolenic acid (CLA), lemak yang memberi kesan anti-kanser, penurunan berat badan dan perlindungan jantung. Tapi kena makan banyakkkkkkk cheese baru boleh dapat CLA yang cukup. TAPI pada masa yang sama korang akan dapat banyakkkkkkk jugak lemak tepu yang tak sihat dan kalori!
  • Keju rendah lemak mengandungi sedikit CLA.
  • Keju tanpa lemak takde CLA
  • Mencegah Kaviti
    Ia bukan pengganti kepada ubat gigi yer tapi cheese boleh membantu mencegah kaviti. Dalam satu kajian di Turki pada tahun 2008, yang diterbitkan dalam journal Caries, orang yang memakan cheese (1/3 auns) selepas minum air bergula menunjukkan penurunan keasidan yang cepat yang turut mengurangkan risiko kaviti.
  • Hubungan Cheese dengan Kanser
    Masih menjadi perdebatan samada cheese memberi kesan baik atau buruk kepada risiko kanser. Kajian oleh American Journal of Clinical Nutrition mengaitkan cheese (kurang 2 auns sehari) dapat mengurangkan risiko kanser kolon pada wanita.
    Kajian lain pula tidak menemui manfaat ini. Ada beberapa kajian juga yang mengaitkan produk tenusu, termasuklah cheese meningkatkan risiko kanser prostat dan kanser ovari. Jadi, berhati-hati dan berpada-padalah dalam menikmati kesedapan cheese yer…
  • Cheese and Jantung
    Cheese mungkin tidak baik untuk jantung. Tapi ada sesetengah kajian mengatakan ia taklah begitu buruk sekiranya cheese hanya dijadikan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Oke sekian entry resepi kek cheese kukus ni. Semoga berfaedah and Selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Kek Batik Milo Mudah dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *