Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Sihat semua yer teman hari ni. Masih pasal resepi kek carrot. But now tanpa telur. So saye yang sudi berkongsi ni nak kongsikan resepi kek carrot tanpa telur. By the way panjang pulak nama kek ni. hehe. Maybe teman dah lama dah biasa buat kek ni. But saya pulak baru mencubanya. Bukan kerana tak mahu cuba but kerana tiap kali nak beli carrot pasti dah kehabisan dibuat sayur. Ye laa.. saya tekad nak beli pagi sekali and dapat jugak carrot tu. Oleh itu saye nak cuba resepi ni sekalian berkonngsi dengan teman semua. Oke lah tanpa banyak cakap langsung sahaja saya write resepi tu. Tengok jom.

Resepi Kek Carrot Tanpa Telur Paling Mudah dan Sedap

Bahan-bahan ( untuk 8 org )

  • Carrot yg di parut, saya buat secawan je, dlm 150gram, suka hati nak byk mana, digaul tepung sikit supaya tidak tenggelam ke bawah kek
  • 100 gram gula castor
  • 100 gram gula perang, blender kering supaya mudah larut
  • 220 gram tepung gandum, di ayak
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 120 ml jus oren (saya gune sunquick je)
  • 180 ml minyak sayuran (saya gune minyak masak je sbb minyak jagung habis)
  • secawan kismis, digaul tepung sikit supaya tidak tenggelam ke bawah kek
  • secawan coklat chips ( optional), saya tambah, sedap sikit :), digaul tepung sikit supaya tidak tenggelam ke bawah kek

Bahan Topping

  • 125 gram cream cheese ( sy buat sendiri cream cheese ni), kalo nak mudah, beli jela
  • 2 sudu besar butter
  • 150 gram-200 gram gula icing, ikut taste sendirila nak manis mcm mane
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (optional) kalo nak cair sikit, boleh tambah 1 sudu makan susu

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Cara-cara :

  1. Panaskan oven ke 160 c
  2. Jgn guna mixer utk buat kek ini, cukup guna spatula / senduk
  3. Campur tepung, gula, garam, baking soda, serbuk penaik, serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati.
  4. Kemudian campurkan carrot, kismis dan coklat chips. Gaul.
  5. Masukkan minyak. Gaul Lagi. Kemudian masukkan jus oren.
  6. Apabila dah sebati, masukkan dalam bekas dialas kertas aluminium/minyak.
  7. Bakar dalam oven, suhu 160 darjah, api atas bawah selama 20-30 minit. ini bergantung pada oven masing2. Jadi letak dulu 20 minit, kalo tak masak lagi, tambah lagi 2-3 minit hingga masak. Kek masak apabila kita masukkan toothpick/lidi dan bila tarik keluar, lidi tu bersih, takde kek yg melekat.
  8. Bila dah masak, sejukkan dulu pada suhu bilik. Mari buat topping pula
  9. Untuk topping campurkan cream cheese dan butter dan pukul hingga gebu (topping boleh pakai mixer) Sebelum tu, pastikan cream cheese dan butter ni kita dah keluarkan awal2, pastikan berada pada suhu bilik dan dah lembut. kalo tak nnt berketul2 pulak topping.
  10. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla. pukul lagi.
  11. Kalo rase nak cair sikit boleh la tambah satu sudu susu. bergantung selera masing2.
  12. Bila kek dah sejuk bolehla hias pada kek.
  13. Dah siap! Saya rase kek ni sgt mudah! dan mmg sgt sedap and moist! Cubalah, Insya Allah tak menyesal. Suami saye yg mmg tak gemar kek2 & dessert pun kate sedap.

hmmm sedap and moist kali kek carrot ni. Oke lah belum tentu saye dapat buat kek ni. Oleh itu silahkan share pengalaman masak resepi kek carrot ni in komentar yer. Oke sekian entry resepi kek carrot tanpa telur ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Lembab Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *