Resepi Kek Carrot Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman selalu sihat ceria. Masih berpusing dengan ide resepi kek? Yep teman actually in right blog kerana kat sini saya nak sudi berkongsi resepi kek yang moist and sedap lagi gebu dengan teman. Oke kesempatan ni saye nak berkongsi resepi kek carrot sukatan cawan. Sebelum ni dah ada post pasal resepi kek carrot like a kek carrot kukus. Kali ni saye nak kongsikan resepi kek carrot sukatan cawan without kukus. Oke la dah bercakap yer. Now we lets go to bahan and cara-cara. Tengok bawah yer.

Resepi Kek Carrot Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred “A”
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang

Baca Juga : Resepi Kek Batik Rangup Mudah dan Sedap

Bahan Cream Cheese Toping :

  • 70 g mentega tanpa garam
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara Membuat :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 derajat celcius, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 – 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit – 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka.
  5. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan…

Untuk Cream Cheese :

  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana…Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Baca Juga : Resepi Kek Carrot Bakar Mudah dan Lazat

Mudah bukan. Teman shud try at home yer. Kerana kek carrot ni moist and banyak faedah untuk badan. Berikut faedadh carrot untuk kesihatan.

Faedah Carrot :

1. Anti-kanser

Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon. Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.

Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!

2. Baik untuk mata

Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

Oleh itu, lobak merah adalah makanan yangbaik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak.

3. Mencegah penyakit jantung

Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah .

4. Mengurangkan risiko stroke

Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu.

5. Menjaga kulit

Buat brader-brader maskulin yang sentiasa ambil berat untuk kulit, ini berita baik untuk anda. Tak perlu lagi berhabis duit beli supplement untuk kulit, cukup dengan makan lobak merah sahaja. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

6. Anti penuaan

Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

7. Mengekalkan gigi cantik

Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi.

Oke sekian resepi kek carrot sukatan cawan and faedah buat kesihatan badan. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : 5 Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Terkini Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *