Resepi Kek Carrot Mudah Dan Lazat

resepikek.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Selain kek pisang, kek carrot atau kek lobak merah juga disukai oleh anak-anak saya. Kek ini mempunyai rasa yang tersendiri, yang membuat kek ni digemari ramai orang. Jika anda berfikir untuk membuat carrot kek adalah sukar, buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek carrot mudah dan lazat untuk anda. Jangan bimbang, untuk membuat kek lobak merah adalah sebenarnya mudah. Haslinya juga sangat lazat. Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Carrot Mudah dan Lazat

Baca Juga : Resepi Kek Nestum Sukatan Cawan Mudah dan Moist

Bahan-Bahan

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-Cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam…ikut saiz tin kek jugak…tebal atau nipis kek ni.
  6. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.
  7. Jika tak melekat maknanya kek sudah masak.

Kek carrot mudah dan lazat dah sedia di hidang. Hidangkan Kek carrot atau kek lobak merah ni untuk keluarga anda sambil bersantai bersama-sama atau untuk majlis peristiwa kepada rakan-rakan anda. Sila cuba resepi kek carrot mudah dan lazat ini di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Batik Milo Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *