Resepi Kek Carrot Kukus Simple Dan Paling Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Hello kawan-kawan apa khabar? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Telah lama saya tidak mengemaskini blog ini. AIdilfitri kemarin benar-benar menjadikan saya sibuk. Tapi, hari ini saya telah dapat berktivitas seperti biasa. Pada mulanya saya tak tahu nak buat kek pa apa. Saya telah mencari di internet kek yang saya belum pernah buat. Akhirnya saya menemui kek Carrot. Saya memang belum pernah membuat kek ini di rumah. Kek ini biasanya digunakan untuk perayaan perkahwinan atau majlis yang lain di barat. OK, buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek carrot kukus simple dan paling sedap untuk anda. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Kek Carrot Kukus Simple dan Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Tanpa Telur Simple dan Sedap

Kek Carrot Kukus

Bahan-Bahan

  • 250g butter
  • 150g gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 s/k esen vanila
  • 200g carrot
  • 230g tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k serbuk kulit kayu manis
  • 100gm walnut

Cream Cheese Toping

Bahan-Bahan:

  • 100 g mentega
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising

Cara-Cara

Cara Penyediaan Kek Carrot Kukus:

  1. Sediakan semua bahan-bahan tang disenarai di atas.
  2. Walnut dicuci sebelum dibakar. Selepas dibakar, walnut dicincang untuk mendapatkan saiz yang kecil.
  3. Putar butter dan gula hingga gebu. Pemutar elektronik boleh digunakan. Selalunya, putar selama 30-45 minit.
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau.
  5. Masukkan esen vanilla sedikit.
  6. Campurkan tepung gandum, baking powder dan serbuk kayu manis dalam sebuah bekas.
  7. Tepung penaik (rising powder) juga boleh digantikan dengan tepung gandum.
  8. Kemudian, masukkan semua campuran tersebut bersama butter dan gula tadi dan kacau sampai jadi sebati.
  9. Masukkan carrot dan walnut gaul rata dan masukkan dalam acuan.
  10. Kukus lebih kurang 50 minit dengan menggunakan pengukus. Kalau tiada pengukus, kaedah Bain-Marie juga boleh digunakan.
  11. Untuk tengok masak atau tidak, guna lidi. Masukkan lidi di dalam kek tersebut. Kalau lidi terkeluar dengan licin, maka kek sudah masak.
  12. Bila habis masak, biarkan kek tersebut beberapa minit untuk sejuk.
  13. Krim cheese atau toping hanya boleh diletakkan apabila kek sudah sejuk.

Cara Penyediaan Cream Cheese Toping:

  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati. Pastikan yang baru keluar dari peti sejuk (bukan sejuk beku).
  2. Masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana.
  3. Terus sapu atas kek tadi sebab krim cheese mudah lembut.
  4. Selain krim cheese, kek tadi boleh dihias ikut suka dengan menggunakan bahan lain seperti buah-buahan.

Kek carrot kukus dah sedia di hidang. Sila cuba resepi kek carrot kukus di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Batik Simple dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *