Resepi Kek Batik Simple Dan Sedap

resepikek.net – Assalamu’alaikum.. salam sejahtera untuk rakan-rakan resepi kek. Terdapat pelbagai jenis kek, jika kita bercakap mengenai kek, pasti ini tidak berkesudahan. Salah satu kek paling mudah untuk membuat dan rasa yang sedap ialah kek batik. Kek batik adalah pilihan tepat bagi anda yang ingin membuat kek dengan mudah, cepat dan lazat. Anda hanya perlu 5 jenis bahan-bahan untuk membuat kek batik simple ini. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi kek batik simple dan sedap untuk anda. Anda boleh mencubanya di rumah dan berkhidmat kepada keluarga. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

resepi kek batik simple dan sedap

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Bakar Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

  • Buttercup 250gram
  • Susu pekat manis 1 tin
  • Milo sepeket kecik 200 gram
  • Telur 2 bijik
  • Biskut Marrie perisa original sepeket 300 gram

Cara-Cara

  1. Memula cairkan buttercup. Tengok api. Slow je. Kalau tak nanti butter hanget.
  2. Bila butter dah cair, masukkan susu pekat manis satu tin. Godak-godak sampai mesra bob mesra af2.
  3. Bila susu and butter dah campur mesra masukkan milo sepeket. Kacau kacau sampai tadek bergentel. Api mau kecik ok? Jangan guna api besar nanti hanget. Dah dua kali pesan ni kalau tak ikut jugak tatau la.
  4. Pecahkan dua bijik tulur dalam mangkok. Sebab takot kalau masukkan straight away sekali telur busuk ke? Nanges la ko kat situ kan? Pastu tangan kiri kacau kacau kacau and tangan kanan masukkan telur sikit demi sedikit and keep on stir sebab takot telur masak nanti jadik ketul-ketul pulak.
  5. Bila semua dah sebati, masukkan biskut marrie yang korang patahkan-patahkan 3 or 4. Jangan halus-halus sangat nanti hancur. Patah 3 or 4 just nice. Biar semua bergaul sebati and menyalut every biscuit.
  6. Dah siap semua, masukkan dalam bekas. Masukkan semua. And lepas tu padat-padatkan. Baru la cantik nanti time potong nampak lapis-lapis dia. I amek plastic bersih salut pada tangan and tekan-tekan bagi padat Boleh tahan panas jugak. Ada orang letak biskut selapis, adunan coklat selapis. Pastu biskut balik sampai la habes. I tak merajin.
  7. Lassst sekali, taburkan la susu or oats or nestum on top. Tanak letak pon takpe. Dah cukup sedap dah.

Kek batik simple dan sedap ni dah bersedia dihidangkan. Kek batik adalah kek yang paling mudah yang saya pernah buat. Tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan tidak sukar seperti membuat kek jenis lain. Anda boleh cuba di rumah untuk membuat kek ini, mungkin dibantu oleh anak anda untuk membuat ia lebih menyeronokkan. Sila cuba resepi kek batik simple dan sedap ni di dapur anda. Hidangkan kek batik ni untuk keluarga apabila berehat atau menonton drama bersama-sama. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Noxxa Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *