Resepi Kek Batik Lembut Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Salam Sejahtera Semua Teman. Apa Khabar hari ni? Semoga selalu sihat and sejahtera yer. Oke kembali lagi bersama saye untuk berkongsi resepi kek. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi kek batik lembut. Kenape kek batik lembut kerana kek ni memang sedap dan lembut. Korang sediakan sahaja kuali and gas yer. Awal mula saye buat resepi kek ni saat amik saye bertamu. But recently saye buat dengan versi saye sendiri. Memang tak mudah menghasilkan kek batik lembut ni. But saye dah pake versi saye yang mudah and lembut. Oke langsung sahaja tengok jom resepi.

Resepi Kek Batik Lembut Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :

  • 350g biskut Marie – patahkan 4 (Cik ami guna jenama Hup Seng)
  • 4 telur (cik amie pilih Gred C)
  • 1 cwn gula putih
  • ¾ ketu1 butter 250g (cik amie guna jenama buttercup)
  • ¾ cwn koko powder van houten
  • 3 bar chocholate masakan van houten (xde pun xpe)
  • ¾ cwn freshmilk coklat
  • ½ cawan susu manis

Baca Juga : 8 Resepi Biskut Raya Mudah 2017 Paling Lazat Wajib Cuba

Cara- cara Membuat :

  1. Telur dan gula dipukul menggunakan whisker sehingga agak kembang.
  2. Cairkan butter di dalam periuk.
  3. Setelah butter cair sepenuhnya masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
  4. Masukkan susu manis dan fresh milk.
  5. Masukkan telur yang telah dipukul dengan gula tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Elakkan adunan berketul di dalam kuali.
  6. Simpan sedikit adunan supaya dapat dijadikan topping pada kek nanti.
  7. Matikan api dan akhir sekali masukkan biskut marie. Gaul sehingga rata dan pasatikan kesemua biskut telah disalut dengan coklat.
  8. Tuang adunan ke dalam bekas. Seelok2nya pastikan bekas yang digunakan dilapik dengan aluminium foil terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan melekat pada bekas.
  9. Semasa tuang biskut susunlah biskut cantik2 supaya nanti bila potong kek batik akan nampak cantik dan tersusun biskutnya.
  10. Akhir sekali, masukkan sedikit adunan coklat tadi dan tuang ke atas adunan supaya dapat dijadikan topping.
  11. Biarkan sekejap diluar 15 minit, apabila dah sejuk masukkan didalam peti ais dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk dan kek akan menjadi lebih keras dan sedap dimakan.
  12. Kek telah siap dan boleh dipotong. Selamat mencuba!!

Memang lembut tak terkira yer. Pantas la teman cuba buat at home. Saye dah biase buat kek ni buat my family and kek ni jadi fovourite antara yang lain. Oke sekian entry resepi kek batik lembut ni. Semoga berfaedah adn selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *