Resepi Kek Batik Coklat Mudah Dan Paling Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Salam Sihat hari ni agaknya senang hati nye. Niat hati entry kali ni saye nak write perkongsian resepi kek batik coklat. Kerana lama tak buat resepi ni. Sapa sapa teman lom cuba buat kek ni, sila-sila la buat. KErana mudah sangat yer. Gaul bahan adunan tu sampai pekat melekat. Pasti kalo nak lebih roti lapiskan sikik banyak. Selerakan lapisan macam 3 lapis, 4 lapis, or 6 lapis. Selebih tu coklat kat atas yer. Rasa kek ni memang sedap. Lagi-lagi penggila coklat macam budak-budak kat rumah. Ok la tanpa banyak cakap langsung sahaja saye kongsikan resepinye. Tengok Jom.

Resepi Kek Batik Coklat Mudah dan Paling Sedap

Bahan-bahan Kek Batik Coklat :

  • 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
  • 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
  • biskut meri secukupnya

Baca Juga :

Cara-cara Penyediaan Kek Batik Coklat :

  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali…
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko…. kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg….
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis…
  6. Siap…dan biarkan semalaman…. potong dan hidangkan…kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan…

mmm sedap sangat kek batik coklat ni. Pantas la jadi kegemaran budak-budak. Memang kegemaran ni elok di jaga kerana coklat mengandungi banyak faedah. Faedah antaranya

Baca Juga : Resepi Kek Marble Pelangi Istimewa Paling Sedap

Faedah Coklat

  • Baik untuk jantung
    Kajian menunjukkan bahawa makan sedikit coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat ini memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteri daripada beku.
  • Baik untuk Otak
    Dapat meningkatkan aliran darah ke otak dan juga ke janutng, shingga dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok. Coklat ini mengandungi sebatian kimia yang mempunyai kesan positif ke atas ‘mood’ anda dan kesihatan kognitif. Kandungan phenylethylaamine (PEA), meewujudkan rasa gembira. Coklat juga mengandungi kafein, namun dalam kadar yang rendah iaitu kurag daripada kopi. Satu bar 1.5 auns colat gelap mengandungi 27mg kafein berbanding dengan 200mg ditemui dalam cawan kopi itu 8 auns.
  • Membantu kawalan gula dalam darah
    Membantu menjaga saluran darah yang sihat dan peredaran darah agar tidak terjejas untuk melindungi penyakit kecing manis. Ianya membantu rintangan insulin dengan membantu sel-sel untuk berfungi secara normal dan mendapatkan semula keupayaan untuk menggunakan insulin badan dengan cekap.
  • Sebagai Antioksiden
    Antioksidan membantu badan anda membebaskan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel. Radikal bebas terlibat dalam proses penuaan dan boleh menjadi penyebab kanser, oleh itu makan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti coklat gelap boleh melindungi anda daripada pelbagai jenis kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
  • Mengandungi vitamin dan mineral
    Mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan mengikut kepekatan yang tinggi seperti kalium, zinc, dan magnesium. Kalium mencegah terhadap strok dan menyakit kardiovaskular. Zinc dalam coklat melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi, dan magnesium membantu diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Oke sekian entry resepi kek batik coklat ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *