Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Simple Dan Sedap

resepikek.net – Assalamu’alaikum.. salam sejahtera untuk rakan-rakan resepi kek. Semoga rakan-rakan dalam keadaan sihat always. Saat Hari Raya datang, pastilah ingin membuat biskut raya yang paling sedap. Meskipun banyak biskut raya yang dijual di kedai-kedai, tetapi membuat sendiri biskut raya adalah sesuatu yang spesial. Anda akan merasa bangga hasil buatan tangan Anda sendiri. Ketika waktu sudah mendekati Idul Fitri, mungkin Anda bingung akan membuat biskut raya. Anda dapat coba resepi biskut raya sukatan cawan yang saya kongsikan ni. Ini adalah resepi biskut raya simple dan sedap. Jom kite tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Simple dan Sedap

Baca Juga : 8 Resepi Biskut Raya Mudah 2017 Paling Lazat Wajib Cuba

Bahan – Bahan

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Cawan Tepung Kastard / Nestum / Oat / Conflakes
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur (Optional)

Cara Membuat

  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot
  2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak masukkan telur).
  3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
    Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Biskut raya sukatan cawan siap di Hidangkan. Jika rakan-rakan anda mengunjungi rumah Anda saat Hari Raya, hindangkan biskut raya sukatan cawan ni. Selain daripada memiliki rasa yang lazat, biskut raya sukatan cawan ni adalah juga mudah untuk membuatnya. Sila cuba resepi biskut raya sukatan cawan ni di rumah. Hidangkan saat hari raya untuk kawan-kawan atau saudara-mara yang berkungjung rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Source : resepihatiku.com

Baca Juga : Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *