Kek Coklat Cheese Kukus Noxxa Mudah Dan Lazat

resepikek.net – Assalamu’alaikum.. salam sejahtera untuk rakan-rakan resepi kek. Sesiapa yang suka kek coklat? Hampir semua orang akan suka kek coklat? Bagaimana jika lazatnya coklat digabungkan dengan keju yang sedap? pastilah rasanya sangat lazat. Pernah buat kek dengan periuk noxxa? Masa ini saya akan berkongsi resepi kek coklat cheese kukus Noxxa mudah dan lazat. Periuk noxxa sangat membuantu untuk mencipta pelbagai jenis masakan. Rasa kek coklat cheese noxxa ini juga pasti lazat. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Kek Coklat Cheese Kukus Noxxa Mudah dan Lazat

Baca Juga : Resepi Kek Pisang Noxxa Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu kecil baking soda

Bahan B
(di pukul sehingga kembang)

  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air suam

Bahan C
(lapisan cheese : dipukul)

  • 2 biji telur
  • 250gram cream cheese
  • 30gram tepung gandum (anggaran 2 sudu makan)
  • 100grm white choc (dicairkan)

Cara-cara

  1. Campurkan bahan A dan B. Gaul sehingga sebati
  2. Lumur loyang dengan minyak masak. Masukkan separuh adunan coklat ke dalam loyang.
  3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya bila kita steam air x jatuh semula dalam adunan
  4. Masukkan lapik steamer di dalam periuk noxxa masukkan air sehingga paras bawah lapik steamer
  5. Letakkan loyang adunan coklat di atas lapik steamer di dalam periuk noxxa
  6. Tutup tudung periuk dan set kan tombol kepada Steam. Tekan function Steam 15 kali = 15 minit
  7. Selepas 20 minit bebaskan steam dari periuk dan buka penutup.
  8. Masukkan adunan cheese ke dalam loyang. Tutup balik dengan aluminium foil
  9. Tambahkan air untuk steam sebab by this time air dah kurang
  10. Pusing tombol ke Steam. Tekan function Steam 15 kali = 15 minit
  11. Selepas 15 minit, bebaskan steam buka tudung dan masukkan adunan coklat selebihnya ke dalam loyang.
  12. Tutup semula loyang dengan aluminium foil, set kan tombol kepada Steam dan tekan function Steam 15 kali = 15 minit
  13. Check untuk menentukan kek dah masak menggunakan lidi. Jika lidi yang dicucuk ke dalam kek keluar tanpa terlekat its means dah masak la tu
  14. Dah masak dan sejuk keluarkan dari loyang. Curahkan coklat ganache

Kek coklat cheese kukus noxxa dah sedia dihidangkan. Periuk Noxxa memang alat magic. Sangat membantu untuk membuat berbagai hidangan. Memang Anda perlu sedikit mamahami fungsi button mereka masing-masing periuk noxxa ni. But don’t worry, itu adalah hal yang sederhana. Sila coba resepi kek coklat cheese kukus noxxa ni dirumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Marble Susu Paling Lazat dan Faedahnya Untuk Anda

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *