7 Aneka Resepi Biskut Raya 2017 Wajib Cuba

resepikek.net – Salam Sejahtera Semua Teman. Apa Khabar hari ni? Semoga selalu sihat and sejahtera yer. Biskut raya menjadi hidangan wajib setiap hari raya datang. Biskut sentiasa menjadi pilihan pertama untuk menyediakan hidangan utama untuk tetamu yang melawat rumah. Terdapat pelbagai jenis biskut. Mungkin anda akan menjadi keliru pilihan biskut yang akan Anda buatkan. Jangan bimbang, di sini saya akan berkongsi aneka resepi biskut raya yang wajib Anda cuba. Jom kita tengok resepinya dibawah ni

Baca Juga : Resepi Kek Kukus Coklat Moist, Lembut dan Sedap

1. Resepi Biskut Kacang Mazola

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Kacang Mazola

Bahan-Bahan

  • 2 Cawan Serbuk Kacang / Kacang Tanah
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Kastor
  • Sedikit Garam
  • Minyak Jagung (Mazola)
  • Telur Kuning

Cara-cara

  1. Goreng kacang tanpa kulit sehingga separuh garing tanpa minyak kemudian dikisar
  2. Masukkan tepung, kacang, gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
  4. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang.
  5. Sapukan Kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.

Source : http://www.jelita.com.my/lebaran/resipi-biskut-raya-paling-popular/

2. Resepi Tart Nenas Rosalinda

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Tart Nenas Rosalinda

Bahan-bahan

  • 250gm mentega
  • 40 gm gula kaster
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 370 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung jagung

Jem Nenas – Siap guna boleh di beli di pasaraya – gentel bulat

Cara-cara

  1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai.  Letak jem nenas di tengahnya.
  4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160’C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
  5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot di tepi dan letakkan bunga gumpaste kecil, picit royal aising hijau untuk daun.

Royal Aising

  • 1 biji putih telur
  • 1 cawan gula aising – ayak
  • 1 sudu teh jus lemon
  • pewarna hijau

Nozzle daun dan piping bag

  1. Pukul putih telur hingga berbuih,  masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga sebati dan kental.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu bahagian masukkan pewarna hijau untuk daun. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di picit dengan nozzle.

Source : http://resipicitarasawan.blogspot.com/2015/03/tart-nenas-rosalinda_29.html

3. Resepi Biskut Bunga Zahra

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Bunga Zahra

Bahan-Bahan

  • 250 gram mentega ( SCS butter)
  • 75 gram gula aising, diayak
  • 1 kuning telur
  • 330 gram tepung gandum*
  • 45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 50 gram kelapa panggang (toasted coconut), dikisar halus
  • 70 gram badam kisar
  • 70 gram nestum, dikisar halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Kuning telur untuk sapuan
  • Coklat M&M nntuk hiasan

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar hingga rata. Sementara itu, satukan kelapa panggang yang telah dikisar, nestum dan serbuk badam ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung yang digaul rata tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang dilembapkan.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagain. Ambil satu bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan bentuk bunga dan susun atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan hias dengan sebiji coklat M&M (tekan sedikit agar melekat).
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada sihu 170C selama 20 minit atau hingga masak. dan keperangan. Selepas dibakar 10 minit, anda pusingkan dulang agar biskut masak sekata. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda guna acuan seperti che mat. Sapu sedikit minyak makan pada acuan sebelum anda terap pada adunan biskut. Ini akan memudahkan adunan biskut tanggal dari acuan…Selamat mencuba!!

Source : http://www.tiffinbiru.com/2014/07/biskut-bunga-zahra.html

4. Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies

Bahan-bahan

  • 200gm mentega
  • 30gm shortening
  • 220gm gula pasir
  • 1 biji telur A
  • 300gm tepung gandum
  • 20gm serbuk koko
  • 50gm tepung jagung
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
  • 100gm coklat chips putih

Hiasan : Coklat chips putih secukupnya.

Cara-cara

  1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam.  Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jaraknya kerana biskut mengembang.
  4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
    Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Source : http://resipicitarasawan.blogspot.com/2014/07/biskut-red-velvet-white-chocolate-chips.html

5. Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

Bahan-Bahan:

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam.
  4. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment.
  5. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  6. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

Tips

Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Source : http://iresipi.com/resepi/biskut-crunchy-caramel-almond/show

6. Resepi Biskut Coklat Mocha

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Coklat Mocha

Bahan-bahan untuk biskut:

  • 200g mentega
  • 50g shortening
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu besar paste cappucino
  • 40g putih telur
  • coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)

Bahan untuk diayak:

  • 340g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 10g serbuk koko

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :

  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
  5. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Source : http://iresipi.com/resepi/biskut-coklat-mocha/show

7. Resepi Biskut Almond London

Aneka Resepi Biskut Raya - Resepi Biskut Almond London

Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven

Bahan untuk disalut

  • 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
  • 1/2 sudu besar lemak sayur
  • Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
  • Paper cup bersaiz kecil

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

Source : http://iresipi.com/resepi/almond-london/show

Aneka biskuit raya di atas adalah yang paling lazat pada pendapat saya. Artikel ini hanya sebagai cadangan anda memilih hidangan keropok yang melawat rumah tetamu. Sila cuba aneka resepi biskut raya di atas. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga berguna dan Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Karot Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *