6 Resepi Biskut Raya Terkini 2017 Simple Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera Semua Teman. Apa Khabar hari ni? Semoga selalu sihat and sejahtera yer. Hari Raya Aidilfitri sebenatr lagi. Biskut raya adalah biasa apabila datang hari raya. Terdapat pelbagai jenis biskut. Biskut raya menjadi hidangan yang disajikan untuk tetamu yang melawat rumah anda. Biskut yang dihidangkan sememangnya mesti mempunyai rasa yang sedap. Mungkin anda malas untuk membuat biskut raya? Don’t worry , ini adalah resipi biskut raya yang simple dan sedap.Buat masa ini saya akan berkongsi 6 resepi biskuit raya terkini 2017. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Simple dan Sedap 2017

1. Resepi Blueberry Cheese Tart

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Blueberry Cheese Tart

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk pastri

  • 125gm butter
  • 60gm gula aising
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air

Bahan-bahan cheese

  • 125gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • Blueberry jem secukupnya

Cara-Cara

Cara membuat pastri

  1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
  2. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk ‘crumbs’ kasar. Tambahkan esen vanila & air.
  3. Bentukkan doh menggunakan acuan tart. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Cara membuat cream cheese

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese – cream cheese, butter & gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga rata.
  2. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi laisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  3. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

2. Resepi Biskut Cheese

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Biskut Cheese

Bahan-bahan

  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi – sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju – utk hiasan

Cara Membuat Biskut Cheese

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 kering.
  4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
  5. Bakar 160C 15 -20 minit

3. Resepi Chocolate Ganache

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Chocolate Ganache

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 250 ml krim tenusu
  • 40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
  • *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B

  • 400 gm coklat masakan gelap
  • 30 gm mentega
  • 1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Bahan Buttercream

  • 230 gm Krim Well ~ Supper Light Krim
  • 100 gm Shortening
  • 100 gm gula icing ~ di ayak 3 X
  • 35 gm butter ~ tanpa garam
  • 60 gm susu pekat manis
  • 10 gm golden syrup
  • Perasa ~ pineapple atau orange atau rasberry atau vanilla (pastikan semua perasa tidak berwarna)

Cara-Cara

Cara Membuat Chocolate Ganache

  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan
  7. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Cara Buat Buttercream

Lepas dah salut ganache, saya hiaskan pula dengan buttercream yang saya bentukkan bunga rose.
Krim ini bukanlah krim yang ita buat untuk bunga ya, sebaliknya krin ini adalah krim yang ita salut pada kek. Rasanya sangat sedap dan anda boleh cuba!

  1. Pukul krim well, shortening dan butter hingga lembut
  2. Tambahkan gula icing yang telah di ayak ~ bila masuk gula ni mixer kena perlahankan speed
  3. Tambahkan juga susu pekat , golden syrup dan perasa dan terus putar dengan speed perlahan sampai dia bergaul sempurna.
  4. Jangan putar lama sangat nanti krim lembik.
  5. Masukkkan dalam piping bag dengan nozel 2D dah boleh bentuk bunga atas kek atau nak lempa pada sekeliling kek.
  6. Hiaslah kek cawan dengan butterfly.

4. Resepi Cheese Tart Buncit

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Cheese Tart Buncit

Shell Tart

Bahan-Bahan

  • 125 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 biji kuning telur ~ gred A
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 gm susu Nespray full cream
  • 1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Cara Membuat

  1. Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
  2. Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
  3. Uli sebati dengan senduk kayu
  4. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
  5. Buang lebihan doh tepi acuan
  6. Cucuk bahagian tengah dengan garfu
  7. Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
  8. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

Cheese

Bahan-Bahan

  • 500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
  • 30 gm butter
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
  • 20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
  • Sedikit esen vanilla

Cara Membuat

  1. Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
  2. Masukkan telur
    * telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
  3. Kemudian putar sekejap aje
    Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
    * Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )
  4. Susun shell tart dalam tray
  5. Letakkan filling di tengahnya
    * filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
  6. masukkan cream cheese dalam piping bag
  7. Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
  8. Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
  9. Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
  10. Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
  11. Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.
  12. Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
  13. Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
  14. Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan

5. Resepi Chocolate Brownies Kedut

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Chocolate Brownies Kedut

Bahan-Bahan

  • 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko

Cara Membuat

  1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
  2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
  4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies.
  5. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
  6. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  7. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
  9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
  10. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  11. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

6. Resepi Tart Nenas Cheese

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 - Resepi Tart Nenas Cheese

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan

  • 150 mentega tanpa garam
  • 50 gm margerine
  • 50 gm gula icing
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji kuning telur
  • 225 gm tepung paling halus
  • 35 gm tepung jagung
  • 25 gm tepung susu
  • 50 gm keju cheddar ~ di parut halus

Bahan egg wash

  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh susu cair

Bahan Inti

  • 450 gm nenas ~ di parut
  • 125 gm gula pasir
  • 1/8 sudu teh garam
  • 3 kuntum cengkih
  • 3 cm kayu manis
  • 25 gm keju cheddar parut
  • 1 sudu teh jus lemon

Cara-Cara

Cara Penyediaan Inti

  1. Masak nenas sampai air meresap
  2. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis
  3. Masak lagi sambil di kacau hingga kering
  4. Tambahkan keju parut dan jus lemon gaul rata ~ ita tak letak keju
  5. Dinginkan
  6. Kemudian bentukkan bulat sebesar guli kecil

Cara penyediaan doh

  1. Pukul mentega, margerin, gula icing selama 30 saat
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata
  3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil di gaul rata
  4. Tambahkan keju parut dan gaul rata
  5. Simpan doh dalam peti ais

Cara Penyediaan Tart

  1. Ambil adunan doh sebesar hujung jari
  2. Bulatkan dan leperkan
  3. Letakkan inti nenas di tengah dan tutup kemas serta bulatkan kembali
  4. Susus di atas loyang yang telah di letakkan baking paper
  5. Bakar pada suhu 150C guna api bawah selama 25 minit
  6. Keluarkan tart dari oven dan biarkan suam
  7. Oleskan permukaannya dengan kuning telur
  8. Kemudian taburkan keju parut
  9. Bakar semula dengan api atas bawah pada suhu 150 selama 20 minit

Ok, sekian dulu entry resepi biskut raya terkini 2017. Sila cuba resepi di atas dalam bahagian ini. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kek Batik Biskut Marie Raya Aidilfitri

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *