5 Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap Dan Mudah

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga dah jemput rezeki berganda-ganda hari ni. Kali ni saya nak berkongsi resepi kek lapis cheese. Banyak macam kek cheese tu, ada cheese layer coklat and lainnya. Kerana saya gemar sheese so saya kongsikan 5 resepi kek cheese ni. Untuk teman penggemar silahkan pilih or cuba semua nya takpe. Langsung sahaja semak resepi dibawah ni.

Cheese Cake Layer Coklat

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :

  • 2 Bungkus Biskut Cheese ‘Saltcheese Khong Guan’
  • 1 Paket Cheedar Cheese (untuk lebih rasa cheese)
  • 500gm Tatura Cream Cheese (lain brand pun bole)
  • 250gm Buttercup
  • 1 Cawan Fresh Milk Dutch Lady (untuk celup biskut)
  • 1 Tin Kecil Susu Creamer Manis Cap Junjung 388g
  • 1 Paket Kecil Milo
  • 2 Kotak Coklat Cadbury di Cairkan

Cara Membuat :

  1. Pukul cream cheese, susu creamer manis dan buttercup sampai kembang.(Pakai mixer
  2. untuk lebih cepat dan senang)
  3. Setelah kembang, masukkan 1/2 cheedar cheese sedikit demi sedikit. (1/2 cheedar untuk parutan / hiasan kek). Pukul lagi sehingga aduan sebati.
  4. Bahagikan kepada 2bahagian, 1 bahagian cheese tadi masukkan milo dan coklat Cadbury dan gaul sebati.
  5. Masukkan adunan 1st layer cheese, celupkan biskut ke dlm fresh milk dan susun satu persatu.
  6. Parutkan cheedar cheese pada lapisan tadi (untuk lebih cantik)
  7. Lapisan 2nd layer, coklat.
  8. Buat berlapis-lapis sampai habis.
  9. Setelah siap melapis, parutkan cheedar cheese di lapisan atas sekali.
  10. Simpan di dalam fridge selama 2jam.

Baca Juga : Resepi Kek Lapis Cheese Horlicks Sedap dan Mudah 

Kek lapis-lapis cheese

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

Bahan A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat
  • 500ml susu segar(dipanaskan)

Bahan B:

  • 500gm cheese cream (saya guna tatura)
  • 10ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara membuat:

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak.
  5. Panaskan susu segar di atas api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
  7. Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong

Kek lapis cheese

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
  • 1 Cawan susu segar
  • 250gm Cream cheese
  • 100gm Whipping cream non-dairy
  • 3 Sudu besar gula castor
  • 1 Sudu besar gelatin halal
  • 50ml air panas

Hiasan:

  • Chocolate rice

Cara membuatnya:

  1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi.
  3. Kacau hingga rata dan sebati.
  4. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  5. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  6. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  7. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  8. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.

Baca Juga :Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Simple dan Sedap 

Roti cheese

Bahan A:

  • 500gm cream cheese (saya guna tatura)
  • 1 tin kecil susu pekat

Bahan B:

  • 2 bungkus roti cheese khong guan
  • Cheddar cheese (diparut)

Cara membuatnya:

  1. Bahan A dipukul sampai berkrim.
  2. Sediakan loyang/bekas dan dilapik dgn kertas minyak.
  3. Susun roti cheese dalam loyang.
  4. Masukkan adunan cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
  5. Ulang proses susun roti dan masukkan adunan cheese sehingga habis.
  6. Lapisan cheese yg terakhir. Taburkan cheddar di atas lapisan cheese.
  7. Masukkan dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dipotong.

Cheesekut dengan topping Oreo

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut original mini cracker
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3-4 sudu fresh milk

Hiasan:

  • Biskut oreo(dibuang intinya)

Cara membuatnya:

  1. Pukul cream cheese menggunakan mixer.
  2. Blend sampai kembang dan campurkan susu pekat kacau hingga sebati.
  3. Celupkan biskut dalam fresh milk dan susun dalam bekas.
  4. Lapiskan biskut tadi dgn adunan cream cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
  5. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis cream cheese. Lapisan cream cheese yg terakhir.
  6. Kisar biskut oreo, taburkan di lapisan cream cheese tadi.
  7. Masukkan dalam freeze selama 2 jam. Barulah dipotong.

Sedap sekali bukan. Tu lah pelbagai resepi yang pantas and wajib teman cuba. Oke sekian kongsi resepi kek lapis cheese ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Marble Susu Azlina Ina yang Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *