5 Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Terkini Mudah Dan Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua teman. Jumpa kembali dengan saye yang tak bosan berkongsi resepi bersama teman. Kali ni saye nak kongsikan resepi biskut dengan asas nya. Awal mula saya nak kongsikan resepi asas menggunakan butter / marjerin / buttercup and minyak jagung. Pastu saye kongsikan pulak resepi biskut raya sukatan cawan. Oke langsung sahaja tengok resepi tu jom.

Resepi Asas Menggunakan Butter / Marjerin / Buttercup

Asas :

Untuk resepi asas menggunakan butter dan marjerin ni, disarankan menggunakan campuran tiga jenis tepung iaitu tepung naik sendiri, tepung gandum dan tepung jagung bagi mendapatkan biskut yang rangup. Cadangan 4-5 cawan campuran tepung termasuk oat / nestum / cornflakes, kuantiti tepung bergantung kepada cara kita memukul butter dan gula. Sekiranya butter dan gula dipukul kurang kembang, kuranglah tepungnya, kalau agak kembang, lebih la tepungnya.

Bahan-Bahan :

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Cawan Tepung Kastard / Nestum / Oat / Conflakes
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur (Optional)

Cara-Cara :

  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot 😉
  2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak masukkan telur).
  3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
    Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Nota
Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.

Resepi Asas Menggunakan Minyak Jagung

Asas :

Untuk resepi ni disarankan menggunakan minyak jagung, sedap dan sihat. Boleh juga nak guna minyak masak, tapi rasa biskut tu tak seberapa la. Minyak jagung dituang akhir sekali supaya tidak terlebih minyak. Pastikan uli menggunakan tangan suapaya kita boleh rasa doh dah jadi ke belum.

Bahan-Bahan :

  • 2 Cawan Kacang Hancur / Oat / Nestum / Cornflakes Hancur
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Kastor
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • Minyak Jagung Secukupnya

Cara-Cara :

  1. Masukkan tepung, baking powder, kacang / dll dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.

Nota
Resepi ni agak simple. Ianya kurang sedap berbanding dengan resepi menggunakan butter dan marjerin di atas. Resepi guna minyak jagung ni sesuai untuk biskut kacang.

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Terkini 2017 Simple dan Sedap

1. Resepi Biskut Raya Ais Krim Rangup Sukatan Cawan

Resepi Biskut Raya Ais Krim Rangup

Bahan-Bahan :

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur
  • Coklat Compound / Masakan
  • Coklat / Rainbow Rice

Cara-Cara :

  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot 😉
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan semua tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan berbentuk ais krim.
  6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.
  7. Coklat compound atau coklat masakan dicairkan secara double boiler.
  8. Celupkan coklat dibahagian atas biskut sahaja supaya cepat kering.
  9. Taburkan coklat rice atau rainbow rice diatasnya sewaktu coklat masih cair.
  10. Pastikan coklat betul-betul kering sebelum dimasukkan kedalam telap.

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Simple dan Sedap 2017

2. Resepi Biskut Mentega Kacang Sukatan Cawan

Resepi Biskut Mentega Kacang Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 2 Cawan Kacang Hancur
  • 3 Sudu Besar Peanut Butter (Optional)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur (Optional)

Cara-Cara :

  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot 😉
  2. Masukkan telur, peanut butter dan esen vanilla, pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan kacang goreng yang telah dihancurkan, pukul sehingga menjadi mentega kacang.
  4. Masukkan semua tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  5. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  6. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
  7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Baca Juga : Resepi Kek Cheese Biskut Marie Raya Aidilfitri

3. Resepi Biskut Chocolate Rice & Chips Sukatan Cawan

Resepi Biskut Chocolate Rice & Chips Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Cawan Cornflake Hancur
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • Chocolate Rice/ Chips (Ikut Suka)

Chocolate Rice boleh digantikan dengan Chocolate Chips untuk rasa yang lebih sedap. Kalau nak guna kedua-duanya pun digalakkan, lagilah double sedap 🙂 Time ni stok chocolate chips tak ada dirumah, so BW guna chocolate rice aje.

Cara-Cara :

  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot 😉
  2. Masukkan esen vanilla, semua tepung, conflake dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tepung gandum tu masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan sudah menjadi doh.
  3. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  4. Rollkan doh, tabur coklat rice diatasnya dan tekan menggunakan acuan.
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.

Baca Juga : Resepi Kek Batik Biskut Marie Raya Aidilfitri

4. Resepi Biskut Kelapa Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kelapa Sukatan Cawan

Bahan A :

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula castor (Zie guna gula ising yang diayak)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B :

  • 1 biji telur kuning (Zie guna telur gred B)

Bahan C :

  • 2 1/2 cawan tepung jagung (ayak dahulu)
  • 1/2 cawan tepung gandum (ayak dahulu)
  • 2 sudu besar tepung kastard (ayak dahulu)
  • 2 cawan kelapa kering dipanggang sebentar

Cara membuat :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur kuning dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan kelapa kering, tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
  5. Gaul sebati.
  6. Sedia untuk digentel bulat-bulat.
  7. Kalau nak cantik, boleh letak hirisan ceri kecil di atasnya.
  8. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15- 20 minit. ( Zie guna suhu 160 celcius selama 20 minit)
  9. Guna sukatan cawan yang sama untuk menimbang setiap jenis bahan.

Baca Juga : Resepi Kek Karot Mudah dan Sedap

5. Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan mentega /butter
  • 1 cawan gula kisar
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia :

  1. Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  2. Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  3. Tambah tepung jagung jika masih lembik
  4. Sapu dulang dengan butter
  5. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
  7. Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  8. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  9. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  10. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  11. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Kesemua biskut tu boleh teman cuba and elok sangat dihidangkan saat raya. Oke sekian entry Resepi biskut raya sukatan cawan ni. Semoga Berfaedah and Selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Kek Kukus Coklat Moist, Lembut dan Sedap

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *