3 Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap Terbaik

resepikek.net – Salam Sejahtera semua kawan baik hati. Apa khabar hari ni? Semoga kawan semua selalu sihat and berlimpah rezeki. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek cheese mudah and sedap terbaik. Kek Cheese adalah salah satu diantara resepi kek yang ramai menjadi kegemaran orang. Oleh itu buat penggemar kek cheese yang nak cuba boleh la cuba resepi dibawah ni. Jom semak resepi nya.

1# Kek Lapis-lapis Cheese Mudah

 

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan A

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat
  • 500ml susu segar(dipanaskan)

Bahan-bahan B

  • 500gm cheese cream (saya guna tatura)
  • 10ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara-cara Membuat

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak.
  5. Panaskan susu segar di atas api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
  7. Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong

Baca Juga : Resepi Kek Cheese Jepun Mudah dan Sedap Istimewa

2# Cheese Cake Layer Coklat Mudah

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 2 Bungkus Biskut Cheese ‘Saltcheese Khong Guan’
  • 1 Paket Cheedar Cheese (untuk lebih rasa cheese)
  • 500gm Tatura Cream Cheese (lain brand pun bole)
  • 250gm Buttercup
  • 1 Cawan Fresh Milk Dutch Lady (untuk celup biskut)
  • 1 Tin Kecil Susu Creamer Manis Cap Junjung 388g
  • 1 Paket Kecil Milo
  • 2 Kotak Coklat Cadbury di Cairkan

Cara-cara Membuat

  1. Pukul cream cheese, susu creamer manis dan buttercup sampai kembang. (Pakai mixer untuk lebih cepat dan senang)
  2. Setelah kembang, masukkan 1/2 cheedar cheese sedikit demi sedikit. (1/2 cheedar untuk parutan / hiasan kek).
  3. Pukul lagi sehingga aduan sebati.
  4. Bahagikan kepada 2bahagian, 1 bahagian cheese tadi masukkan milo dan coklat Cadbury dan gaul sebati.
  5. Masukkan adunan 1st layer cheese, celupkan biskut ke dlm fresh milk dan susun satu persatu.
  6. Parutkan cheedar cheese pada lapisan tadi (untuk lebih cantik)
  7. Lapisan 2nd layer, coklat.
  8. Buat berlapis-lapis sampai habis.
  9. Setelah siap melapis, parutkan cheedar cheese di lapisan atas sekali.
  10. Simpan di dalam fridge selama 2jam.

Baca Juga : Resepi Kek Coklat Leleh Paling Moist and Mudah

3# Kek Lapis Cheese Mudah

Resepi Kek Lapis Cheese Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
  • 1 Cawan susu segar
  • 250gm Cream cheese
  • 100gm Whipping cream non-dairy
  • 3 Sudu besar gula castor
  • 1 Sudu besar gelatin halal
  • 50ml air panas

Hiasan

  • Chocolate rice

Cara-cara Membuat

  1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  7. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.

Hurmm Mudah and sedap terbaik kek ni. Respei ni elok kawan hidangkan dipelbagai jamuan acara at home. Oleh itu kawan shud try yer. Oke sekian kongsi resepi kek cheese mudah and sedap ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kek Lapis Cheese Sarawak Paling Sedap and Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *