10 Resepi Biskut Raya 2017 Terbaru Paling Sedap

resepikek.net – Salam Sejahtera semua. Apa Khabar? Teman sihat semua? Harap-harap begitulah hendaknya. Mahu mencipta biskut apa untuk hari raya 2017 ni? Terdapat pelbagai jenis biskut dan mereka semua mempunyai rasa yang lazat. Tetapi, anda juga mungkin tak tahu untuk memutuskan apa biskut yang anda akan cipta pada majlis itu. Hari raya itu adalah saat istimewa yang pasti menjadi luar biasa, tidak terkecuali untuk hidangan biskut raya. Jika anda belum menjumpai idea untuk membuat biskut hari raya 2017, anda berada di right blog. Kerana buat masa ini saya akan berkongsi 10 resepi biskut raya 2017 terbaru paling sedap untuk anda. Terus sahaja, jom kita tengok resepinya di bawah ni

Baca Juga : 8 Resepi Biskut Raya Mudah 2017 Paling Lazat Wajib Cuba

1. Resepi Biskut Teddy Bear

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Teddy Bear

Bahan-Bahan

  • 300 gm butter
  • 20 gm lemak sayuran (shortening)
  • 180 gm gula icing
  • 30 gm serbuk koko
  • 200 gm tepung
  • 200 gm tepung jagung
  • 40 gm nestum

Cara-Cara

  1. Satukan butter, lemak sayuran dan gula icing. Putar hingga lembut dan sebati
  2. Masukkan tepung, tepung jagung, koko dan nestum.
  3. Uli adunan sebati
  4. Canai adunan
  5. Terap adunan dengan acuan teddy bear dan susun atas dulang pembakar
  6. Buatkan mata dan hiaskan dengan bentuk love dari gula ( ada jual di kedai kek)
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit

2. Resepi Biskut Vanila Oat

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Vanila Oat

Bahan-bahan

  • 50g gula kastor
  • 100g mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 140g tepung gandum-diayak
  • 1 biji putih telur-utk sapu
  • 20g oat segera
  • ceri merah/hijau utk hiasan

Cara Membuat

  1. Pukul gula kastor, mentega dan esen vanila hingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum dan uli perlahan2 hingga menjado doh yg lembut
  3. Ambil sedikit doh dan buat seperti bebola.Celup ke dlm putih telur dan salut ngan oat.
  4. Hias ngan buah ceri ditghnya.
  5. Bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit bergantung pd oven masing2.

3. Resepi Biskut Meringue Kisses

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Meringue Kisses

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 biji putih telur
  • 180 gram gula
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan B

  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 150 gram coklat masakan, dicairkan

Cara-cara

  1. Pukul putih telur bersama dengan cream of tartar sehingga kembang dan kaku. Campurkan gula sedikit demi sedikit hingga pekat.
  2. Kaup dan balikkan (B) hingga ia sempurna.
  3. Bubuh adunan kedalam beg piping bermuncung bintang. Paipkan keatas kertas pembakar.
  4. Bakar pada suhu 130 darjah C selama 1 jam atau sehingga ia ranggup.
  5. Sesudah sejuk, celup meringue dengan coklat masakan cair. Letak diatas kertas minyak sehingga ia keras.

4. Resepi Biskut Mellow Brownies

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Mellow Brownies

Bahan-bahan ( 20×20 cm )

  • 70g butter
  • 130g gula halus
  • 2 biji telur
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 55g walnuts- potong kecil-kecil
  • 1 bar coklat

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
  3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
  7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
  8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

5. Resepi Biskut Lidah Kucing

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahan

  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.

Cara-cara

  1. Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter.
  2. Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  4. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  7. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
  8. Paipkan atas loyang lidah kucing.
  9. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

6. Resepi Biskut Oreo Penakluk Cinta

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Oreo Penakluk Cinta

Bahan-bahan

  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.
  3. Sementara itu, hancurkan Oreo.
  4. Satukan dan gaul sebati.
  5. Sediakan loyang acuan silikon.
  6. Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.
  7. Bakar selama 10 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow.
  9. Picit-picitkan sos karamel.
  10. Bakar kembali selama 8 minit.
  11. Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat.
  12. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.
  13. Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.

7. Resepi Biskut Snow Almond

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Snow Almond

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 260gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 1 tsp esen vanila
  • 50gm serbuk badam

Bahan B

  • 300gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm susu tepung
  • 40gm tepung jagung
  • Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

8. Resepi Biskut Nescafe Munchies

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Nescafe Munchies

Bahan-Bahan

  • 250gm butter
  • 2 biji kuning telur
  • 125gm gula aising
  • 75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
  • 450gm tepung gandum – diayak
  • 4 sudubesar serbuk nescafe – diayak
  • sedikit esen kopi – kalau takde, 1 suduteh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
  • manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.
  2. Masukkan tepung hoen kwee.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah hingga doh lembut.
  4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.
  5. Bakarkan pada suhu 160c hingga masak – lebih kurang 20-30 mins

9. Resepi Biskut Keju Cheddar

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Keju Cheddar

Bahan-Bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm tepung jagung
  • 250gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 100gm keju cheddar ( parut )

Bahan Hiasan

  • 1 biji putih telur
  • sedikit kejuncheddar ( parut )

Cara-Cara

  1. Satukan tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising sehingga kembang.
  3. Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan keju cheddar. Uli dan sebatikan adunan.
  4. Canai doh dan terap menggunakan acuan dan atur di dalam dulang pembakar.
  5. Sapu putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.

10 Resepi Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Rsepi Biskut Raya 2017 - Resepi Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 2/3 cawan shortening
  • 1 3/4 cawan guna
  • 2 biji telur
  • 1 sudu vanilla
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 sudu pewarna merah
  • 2 cawan tepung AP
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu garam

Bahan B (krim)

  • 1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
  • 4 cawan gula kasar
  • 1/2 sudu ekstrak badam
  • 13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A

  1. Panaskan oven sehingga 350 C.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan.
  4. Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.
  5. Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam.
  6. Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya.
  7. Uli sehingga sebati.
  8. Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.
  9. Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B

  1. Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  2. Masukkan ekstrak badam.
  3. Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati.
  4. Bila siap, simpan di tempat yang sejuk.
  5. Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).

Sila coba 10 resep biskuit raya 2017 terbaru paling sedap ni. Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Semoga berguna dan Selamat mencuba 😉

Baca Juga : 6 Resepi Biskut Raya Simple dan Sedap 2017

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *